The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ahli keluarga tidak boleh diletak di pejabat menteri, kata Najib - Bernama Posted: 17 Aug 2013 12:44 AM PDT Perdana menteri berkata mereka boleh menggunakan khidmat anggota keluarga asalkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan atau mencampuri urusan dalam kementerian. "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Taman Tasik Abu Bakar, Pekan hari ini. Merujuk kepada anak lelaki Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, perdana menteri berkata beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Nazri bahawa anaknya, Muhammad Nedim, hanyalah menjalankan tugas sebagai pembantu khas bagi membantunya secara sukarela di kawasan Parlimen Padang Rengas. "Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja-kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," katanya. Ditanya tindakan pihak pembangkang terus mempolitikkan isu itu, Najib berkata pembangkang sebenarnya dilihat lebih teruk daripada isu yang dibangkitkan mereka itu. "Saya difahamkan ada juga amalan yang lebih berat daripada itu dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang, tetapi ia terpulang pada pihak lain untuk tentukan perkara ini," katanya. Mengulas mengenai pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir, perdana menteri berkata kerajaan akan membuat persiapan logistik sekiranya keadaan di negara itu semakin tidak terkawal. "Kita buat persiapan logistik jika keadaan lebih buruk berlaku, kita tiada pilihan selain membawa pulang rakyat kita di sana terutamanya pelajar-pelajar kita, kita kena utamakan keselamatan mereka," katanya. – Bernama, 17 Ogos, 2013. |
Umno Penampang cadang presiden diberi kuasa lantik 3 naib presiden Posted: 17 Aug 2013 12:43 AM PDT Ini menjadikan enam naib presiden kesemuanya, termasuk tiga yang dipilih melalui proses pengundian atau pemilihan parti. John berkata: "Umno kini menjadi parti yang besar dengan keanggotaannya menjangkau angka juta. Di samping itu cabaran kita dalam pilihan raya umum ke-14 juga amat mencabar. "Sebab itu, kita memerlukan lebih ramai leftenan (naib presiden) bagi membantu jeneral (presiden Umno atau Perdana Menteri) menghadapi cabaran PRU14. "Ini bukan sesuatu yang baru kerana parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pun ada yang mempunyai peruntukan perlembagaan seumpama ini," katanya. John bercakap kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri ketua pemuda Umno Penampang Hafiz Sua Abdullah di sini semalam. John berkata dengan kuasa presiden melantik tiga naib presiden diyakini dapat mengurangkan pergeseran politik untuk merebut tiga lagi jawatan naib presiden melalui proses pemilihan parti. Sementara itu, John berkata Umno Penampang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berharap tiada pertandingan untuk kedua-dua jawatan tertinggi parti itu. John juga berkata Umno Penampang menyokong penuh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman jika pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah itu bertanding untuk jawatan naib presiden pada pemilihan parti kali ini. - Bernama, 17 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan