The Malaysian Insider :: Bahasa |
Dr Mahathir mahu generasi muda diberi laluan dalam pemilihan Umno Posted: 18 Aug 2013 01:56 AM PDT Bekas Presiden Umno itu menggesa agar perwakilan dan kepimpinan memberi laluan kepada muka baru supaya tidak ketandusan di masa depan. "Mereka perlu kaji diri mereka sendiri, parti tersebut telah menjadi tua dan banyak pemimpin yang berada di dalamnya terlalu lama. "Ia sebabkan orang muda tidak mendapatinya ia menarik lagi," kata Dr Mahathir dalam sidang media di rumah terbukanya di Mines Resort City. Dr Mahathir menyifatkan Umno tidak menyediakan peluang dan keterbukaan untuk mengetengahkan pemimpin muda supaya menonjol. "Jadi nampak seolah-olah generasi muda ini nak main peranan yang lebih berkesan. "Tapi dilihat kepada kepimpinan yang ada sekarang, di cawangan, negeri, nasional… kita tak bagi peluang," ujarnya lagi. Kenyataan beliau turut disokong oleh anaknya Datuk Mukhriz Mahathir yang ditemui apabila menegaskan pemimpin muda dalam Umno tidak wajar dipinggirkan walaupun prestasinya tidak menyerlah tetapi peluang mestilah diberikan. "Pemimpin muda Umno wajar diberi peluang dan tidak dipinggirkan kerana mereka tidak menyerlah. "Harus buka pintu untuk mereka menyerlah," kata Muhkriz. - 18 Ogos, 2013. MENYUSUL LAGI |
Shahrir tidak bertanding jawatan MT Umno - Bernama Posted: 18 Aug 2013 01:33 AM PDT Ketua Umno bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak berhasrat bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini. Anggota Parlimen Johor Bahru itu berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau memberi tumpuan kepada kawasan Parlimen yang diwakilinya. "Saya tidak ada menyimpan cita-cita untuk bertanding MT pada pemilihan kali ini kerana saya sibuk sebelah sini (kawasan Parlimen Johor Bahru). Saya rasa ramai lagi pemimpin peringkat pusat yang berwibawa mempunyai idea baharu dan lebih bertenaga bagi menerajui politik peringkat nasional," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Bahru di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru hari ini. Pada masa yang sama beliau meminta mereka yang menawarkan diri untuk bertanding tidak berdendam sesama sendiri sama ada menang atau kalah. "Dalam pertandingan, asasnya bukan kita mengukur diri sendiri tetapi mereka yang ramai mengukur diri kita," katanya. - Bernama, 18 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan