Isnin, 19 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Idris Jusoh: PTPTN laksana CCRIS, senarai peminjam ingkar mula bulan ini – Bernama

Posted: 19 Aug 2013 02:22 AM PDT

August 19, 2013

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. – Bernama, August 19, 2013.

‘Berita baik’ Zahid penipuan kepada keluarga tahanan ISA, kata Suaram

Posted: 19 Aug 2013 02:14 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM
August 19, 2013
Latest Update: August 19, 2013 05:16 pm

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) segera membuat permohonan maaf kepada keluarga tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran pengumuman yang dibuat menteri itu menjelang Hari Raya lepas.

Suaram dalam kenyataan hari ini berkata, Zahid dilaporkan mengumumkan ahli keluarga tahanan ISA akan menerima "berita baik" tidak lebih dari janji palsu yang biasa dicanangkan oleh kerajaan.

"Jika niat beliau, sekadar ingin mempermainkan perasaan para keluarga tahanan ISA dan meraih populariti murahan, maka kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ia seperti perbuatan orang yang jahil," kata Penyelaras Suaram Syukri Razab.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu juga turut melahirkan keraguan berhubung keengganan pihak kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan baki tahanan ISA.

Menurut Suaram, Zahid tidak pernah memberi alasan kukuh kenapa penahanan ini diteruskan meskipun jumlah tahanan ISA kini terlalu sedikit.

Mereka melihat naib presiden Umno itu sengaja menunjukkan kuasanya dengan menangguh-nangguhkan pembebasan.

"Sebagai seorang bekas tahanan ISA yang pernah meringkuk di Kem Tahanan Kamunting, Zahid seharusnya lebih faham mengenai sensitiviti keluarga yang perlu dihormati.

"Tindakan memberi harapan tanpa tanggungjawab tidak ubah seperti menambah hukuman terhadap keluarga tahanan yang sudah sekian lama dizalimi oleh ISA," kata badan itu lagi.

Suaram juga menggesa Zahid menubuhkan sebuah Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua dakwaan salah laku polis terhadap tahanan bagi mengheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Zahid dilaporkan membuat pengumuman tersebut pada 11 Julai lalu. Melalui rekod Suaram setakat ini terdapat lapan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Ini merupakan kali kedua para tahanan dan keluarga diberikan harapan palsu oleh pihak yang bertanggungjawab jelas Suaram apabila pertama kalinya ialah sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan ISA pada 15 September 2011.

Bagaimanapun sehingga kini Putrajaya masih belum melaksanakan pembebasan itu.

11 Julai lalu Menteri Dalam Negeri itu berkata anggota keluarga kepada saki baki tahanan ISA, yang kini masih ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 (Langkah-langkah Khas) (Sosma), bakal menerima "berita baik" menjelang Hari Raya Aidilfitri.

"Ada berita baik untuk mereka (tahanan dan keluarga) tahanan. Polis akan membuat pengumuman (tentangnya) tidak lama lagi," kata Zahid.

Laporan pada Jun lalu menyebut seramai 15 orang masih ditahan bawah Sosma, yang mengehadkan penahanan tanpa bicara, selepas ISA dimansuhkan pada 22 Jun tahun lalu. - 19 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved