Rabu, 21 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Adun Seri Delima terima ugutan peluru - Bernama

Posted: 21 Aug 2013 03:05 AM PDT

August 21, 2013

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer menerima kejutan hari ini apabila keluarganya menerima
bungkusan plastik mengandungi peluru hidup di rumahnya di Island Park, Green Lane, George Town.

Menurut laporan polis dibuat bapa Adun itu, Rajaji Jeganathan Rayer, bungkusan peluru jenis 9mm itu dihantar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7 pagi ini.

Katanya, sejurus menerima bungkusan yang berisi peluru itu, beliau telah menghubungi anaknya yang juga seorang peguam, sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong di sini.

"Dalam perjalanan ke Balai Polis, anaknya sekali lagi dikejutkan dengan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan bunuh terhadapnya," katanya dalam laporan polis itu.

Baru-baru ini Rayer dilantik sebagai peguam bela dalam kes lima penjenayah yang mati ditembak polis di sini Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mazlan Kesah mengesahkan laporan polis itu dan berkata polis sedang melakukan siasatan. - Bernama, August 21, 2013.

Pistol yang disamun dari anggota polis tahun lalu ditemui - Bernama

Posted: 21 Aug 2013 02:33 AM PDT

August 21, 2013
Latest Update: August 22, 2013 01:33 am

Polis merampas sepucuk pistol yang dilapor disamun dari seorang anggota polis tahun lepas di Kampung Subang, Selangor.

Senjata semi auto jenis Walther P99 itu dirampas dari seorang lelaki berumur 23 tahun di kawasan perkampungan setinggan di Bukit Lanjan dekat sini dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki tersebut dipercayai merupakan suspek yang menyamun senjata berkenaan dari anggota polis tersebut ketika cuba menahan suspek.

Beliau berkata suspek juga dipercayai terlibat dengan satu kes bunuh dan cuba menembak anggota polis dalam satu sekatan jalan raya awal bulan ini di Kamunting, Perak dan mempunyai lima rekod jenayah lampau antaranya membabitkan kes samun dan dadah.

"Suspek sedang khayal kerana disyaki dipengaruhi dadah semasa ditahan dan pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol semi auto jenis Walther P99 berisi kelopak kosong yang diselitkan di pinggangnya.

"Polis turut merampas dua telefon bimbit, dua bilah pisau dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang dilaporkan hilang di Bangi pada 13 Feb lepas," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohmad berkata suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Bernama, 21 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved