Khamis, 22 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


NGO Islam kecam PAS, lebih pentingkan Metallica berbanding “Allah”

Posted: 22 Aug 2013 02:34 AM PDT

OLEH MD IZWAN
August 22, 2013
Latest Update: August 22, 2013 05:44 pm

Salah seorang penyokong Perkasa di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Ogos 2013. Salah seorang penyokong Perkasa di luar Mahkamah Rayuan. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Ogos 2013. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam PAS kerana tidak bersama mereka dalam isu kalimah Allah, walaupun mahkamah hari ini memutuskan kemenangan kerajaan dalam kes rayuan kalimah "Allah".

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mengenepikan rayuan Putrajaya bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab "Allah" sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada "God".

"Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.

"Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali tentang langkah Dewan Pemuda PAS yang berkumpul di konsert Metallica semalam bagi menyatakan bantahan mereka.

Dalam pada itu, Syed Hassan menyatakan rasa syukurnya atas kemenangan hari ini serta berharap kemenangan sama dapat diperoleh dalam perbicaraan sebenar pada 10 September ini.

"Perkasa bersyukur dengan keputusan yan diumumkan hari ini dan kita harapkan kemenangan ini akan juga dicapai dalam sebutan kes rayuan pada 10 September ini.

"Selain itu, Perkasa juga menggesa semua umat Islam tanpa kira fahaman politik untuk bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata yang ditemui di Mahkamah Rayuan hari ini.

Syed Hassan bagaimanapun membidas pihak gereja yang mengheret kemelut isu kalimah Allah ke mahkamah, serta menyatakan pendirian kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Muslim.

"Bagi Perkasa, isu ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana kita mengiktiraf kalimah Allah adalah ekslusif untuk umat Islam.

"Namun, atas dasar demokrasi kita perlu berhadapan dengannya juga," tegas Syed Hassan.

Dalam pada itu, Syed Hassan membidas PAS kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.

"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti.

"10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.

Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini.

"Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian. - 22 Ogos, 2013.

Sebelum itu...

Mahkamah tolak rayuan Gereja Katolik ketepikan rayuan Putrajaya

Mengapa gengster Malaysia fikir mereka kebal?

Posted: 22 Aug 2013 01:24 AM PDT

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
August 22, 2013

Ketua polis negara dan barisan pegawai kanannya berang dengan tindakan gengster yang seolah-olah mempersendakan pasukan pertahanan negara apabila menayang warna geng di tempat awam dan menulis nombor geng di banyak tempat menggunakan semburan cat.

Mereka memang patut marah. Ini bukan Tijuana atau Sinaloa di Mexico yang membolehkan kartel dadah seperti Los Zetas mengawal semua aspek kehidupan.

Ini Malaysia di mana gengster sepatutnya takut dengan geng yang lebih besar iaitu 100,000 anggota Polis Di Raja Malaysia yang gagah, memegang senjata secara sah dengan kuasa menggunakannya dan mendapat mandat untuk menjaga keselamatan negara daripada apa juga serangan.

Jadi, bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Ini adalah pertunjukan tidak tahu malu yang dilakukan ahli geng 04 selepas lima ahlinya dipercayai termasuk ketua kumpulan itu terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan polis di Pulau Pinang pada Selasa.

Mereka memakai nombor dan warna mereka secara terbuka, membawa bendera dan menghalang lalu lintas ketika proses pengkebumian berlangsung di tengah pulau negeri itu.

Dan ini bukan satu-satunya kejadian membabitkan gengster yang berlaku.

Di Sentul, ahli geng 08 dua minggu lalu mengambil alih kawalan lalu lintas dan mengadakan perarakan mereka, lengkap dengan bendera.

Tanya Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) dan mana-mana polis kanan bagaimana kumpulan seumpama itu begitu berani, dan mereka nampaknya akan menunding jari terhadap pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO), perundangan yang membenarkan tahanan pencegahan.

Pemansuhan akta itu dikatakan menyebabkan pembebasan lebih 2,000 penjenayah jenayah berat kembali ke jalanan dalam negara. Dan apa yang berlaku seterusnya ialah peperangan kumpulan, meningkatkan kejadian bunuh dan tembakan. Kita sudah faham naratif itu. Sebab dan akibat.

Tetapi, bagaimana mahu menjelaskan keadaan paksaan dan tidak takut terhadap pihak berkuasa, cabaran tangkap-aku-jika-kamu-berani? Penjenayah walau di dunia mana sekalipun tidak akan mengiklankan kehadiran mereka kepada polis, kecuali jika mereka percaya bahawa:

1)Pasukan polis dan agensi keselamatan lain tidak cekap.

2)Mereka mempunyai `kabel' yang cukup kuat dengan mereka yang memegang kuasa untuk dapat lepas walaupun dalam keadaan paling sukar. Maka, ditangkap dan disumbat dalam penjara hanya perkara kecil pada mereka.

Menjelang pilihan raya lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) hadir di majlis makan malam di Pelabuhan Klang, dihadiri tetamu seramai satu stadium bola sepak. Antara tetamu yang hadir ialah nama-nama besar dalam dunia `underworld' Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan perpaduan terhadap gabungan pemerintah.

Jika anda seorang askar atau leftenan dalam salah satu geng ganas itu dan lihat sendiri bos besar anda boleh berlaga bahu dengan mereka yang berkuasa dan berkaitan dengan negara, tentu anda terfikir bahawa anda mempunyai rakan berkuasa di tempat yang betul.

Dan melihat kepada fakta geng boleh berkembang dengan maju dalam aktiviti pelacuran, peras ugut dan dadah tanpa diganggu menguatkan lagi tanggapan bahawa mereka adalah spesis yang dilindungi.

Daripada bahagian satu lagi, anggota polis biasa, detektif, penyiasat kanan, malah beberapa polis kanan di peringkat daerah pastinya tertanya-tanya sama ada perlu atau tidak mereka `mematahkan' geng terbabit selepas melihat majikan politik dan atasan mereka berkongsi roti dan berpelukan dengan bos jenayah terkenal.

Kombinasi kuat menyebabkan tidak boleh disentuh dan pendekatan polis yang tidak seberapa itu menyebabkan gengster tidak takut langsung kepada pihak berkuasa dan polis sentiasa menunggu mendapat lampu hijau bagi melaksanakan operasi menentang penjenayah.

Terlalu mudah? Mungkin bagi sesetengah orang. Tetapi jika difikirkan, ia lebih masuk akal berbanding asyik menyalahkan pemansuhan EO terhadap gengster Malaysia yang berani itu.

Ya, pemansuhan perundangan itu meletakkan beberapa penjenayah jenayah berat di jalanan, tetapi, mengapa gengster baru di peringkat pucuk muda pun berani mengibaskan jari depan polis? – 22 Ogos, 2013

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved