The Malaysian Insider :: Bahasa |
Peranan bekas anggota Puteri tidak wajar diketepikan, kata Azalina - Bernama Posted: 24 Aug 2013 02:49 AM PDT Peranan bekas Puteri Umno dalam memperkasakan parti tidak harus diketepikan malah perlu terus dipupuk bagi mengelak mereka berpaling kepada parti lain, kata bekas ketua sayap Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini. Katanya sekarang terdapat lebih 200,000 bekas anggota Puteri yang hanya bergelar anggota Umno selepas melebihi had umur Puteri, kerana tidak ada mekanisme yang membolehkan mereka diserap ke dalam Wanita Umno secara automatik. "...yang ada hanya peraturan yang menyebut mereka secara automatik anggota Umno. "Kita sudah latih mereka sebagai 'tentera' semasa pilihan raya umum dan selepas berusia 35 tahun, bekas anggota Puteri tidak lagi mempunyai peranan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Parlimen Pengerang, di Kota Tinggi. Katanya perkara itu antara faktor yang menyebabkan beliau mahu mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi jawatan ketua Wanita Umno. Azalina berkata ketokohan anggota Puteri Umno juga terbukti apabila ramai antara mereka yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini. "Keputusan saya untuk bertanding bukan untuk mewujudkan revolusi yang boleh mencetuskan kacau-bilau, tetapi satu evolusi ke arah kebaikan," katanya. Setakat ini Anggota Parlimen Pengerang itu satu-satunya calon yang mengumumkan secara rasmi akan mencabar Shahrizat pada pemilihan Umno yang dijadualkan Oktober depan. – Bernama, 24 Ogos, 2013. |
Pengarah: Tanda Putera filem cereka, bukan sejarah Posted: 24 Aug 2013 02:01 AM PDT Katanya, semua pihak harus faham filemnya itu merupakan satu interpretasi yang diperolehi dari pelbagai pandangan. "Saya sudah sunting sedikit adegan (kencing di tiang bendera). Ada perkataan yang telah saya keluarkan. Adegan itu dilakonkan atas pandangan mereka yang berada di tempat kejadian," katanya kepada The Malaysian Insider. "Sukar bagi saya untuk membuang babak yang dikatakan sensitif dalam filem itu. Jika mahu ikut pendapat semua pihak maka 20 minit pertama banyak memaparkan insiden 13 Mei sudah tiada. Maka saya harus pertahankan karya saya," tambah beliau. Shuhaimi menegaskan, pandangan pihak pembangkang yang terasa berhubung adegan berkenaan adalah satu gimik politik. "Insiden itu memang berlaku tetapi tiada pihak yang dapat pastikan siapa individu berkenaan," katanya. DAP baru-baru ini menggesa pihak produksi Tanda Putera agar mengisytiharkan filem itu sebagai filem cereka. Setiausaha Publisiti DAP itu percaya Tanda Putera tetap akan membangkitkan kemarahan dan ketegangan kaum meskipun ia berdasarkan kisah benar. Bagaimanapun dakwaan tersebut ditepis Shuhaimi dengan mengatakan adegan kencing tidak ditujukan kepada Lim dalam filem yang berlatar belakangkan 13 Mei 1969 itu. Tahun lalu, Lim mengutuk tindakan produksi Tanda Putera memuat naik gambarnya ketika ditarik oleh pihak berkuasa dengan meletakkan kapsyen "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor" di laman Facebook rasmi filem itu. Lim turut membidas kenyataan Shuhaimi yang mempertahan tindakannya itu apabila berkata pihaknya menerima banyak gambar dari umum di mana ia dikongsi di laman Facebook termasuk gambar "kencing" itu. Pihak produksi bagaimanapun telah mengeluarkan gambar tersebut setelah dikritik ramai. Shuhami semasa pra tonton filem berkenaan menggesa semua pihak agar memberi peluang kepada filem itu kerana ia menceritakan sejarah negara berdasarkan kisah benar. – 24 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan