Ahad, 25 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Parti komponen BN yang mewakili kaum India perlu bergabung di bawah parti tunggal

Posted: 25 Aug 2013 02:07 AM PDT

August 25, 2013

Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili kaum India perlu bergabung sebagai sebuah parti tunggal untuk pembangunan dan kepentingan kaum itu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak ada gunanya kesemua parti itu bersaing sesama sendiri, sebaliknya mereka perlu menjalin kerjasama demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di negara ini.

Mereka sepatutnya duduk semeja dan merangka strategi bagaimana dapat membela nasib dan mencapai aspirasi kaum India dengan lebih berkesan, katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Parti Makkal Sakti Malaysia kali kelima di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya merayu kepada parti seperti Makkal Sakti, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), MIC, Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan juga Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mempunyai ramai anggota daripada kaum itu agar bergabung supaya menjadi parti yang lebih kuat.

"Kenapa perlu berpecah?… Kenapa perlu wujud banyak parti yang memperjuangkan perkara yang sama?... Barangkali perlu dibuat analisa atau duduk semeja untuk memikirkan bagaimana mengatasi masalah ini," katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata penggabungan itu penting untuk meraih kembali pengundi masyarakat India kerana BN hanya memperoleh 48 peratus sokongan kaum itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita mahu meningkatkan purata sokongan masyarakat itu kepada 60 hingga 70 peratus... justeru kalau berterusan berpecah, ia akan menyukarkan kita untuk mencapai sasaran," katanya.

Beliau berkata parti India paling besar iaitu MIC, perlu lebih terbuka mendengar pendapat dan membuat analisa mengapa terlalu ramai masyarakat India membentuk parti politik baharu bagi mewakili kaum itu.

"Mesti ada kesilapan, MIC kena perbetulkan. Kenapa banyak sangat penolakan, adakah kerana kepimpinan ataupun polisi, dan juga bagaimana untuk mengumpulkan kesemua parti (kaum India) ini untuk bersama membantu masyarakat India," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Makkal Sakti Datuk R.S. Thanenthiran berkata beliau bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan tetapi semua pemimpin parti perlu bertolak ansur dan bersedia melepaskan jawatan parti masing-masing.

"Saya harap ia akan menjadi kenyataan... parti gabungan 'yang disusun semula' itu boleh menggunakan nama baharu di bawah satu payung yang memperjuangkan kebajikan kaum India," katanya.

Beliau berkata jika tidak bergabung sekalipun, kesemua parti perlu duduk semeja untuk membincangkan apa yang boleh dibuat secara bersama demi kepentingan masyarakat itu.

Meskipun Makkal Sakti baru berusia lima tahun, ia telah mempunyai 103,000 keanggotaan seluruh negara kecuali di Sarawak, katanya. – Bernama, August 25, 2013.

Azmin enggan ulas spekulasi tanding jawatan Presiden PKR

Posted: 25 Aug 2013 12:33 AM PDT

August 25, 2013
Latest Update: August 25, 2013 06:04 pm

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, August 25, 2013.Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, August 25, 2013.Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden menentang Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan awal tahun depan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, ahli Parlimen Gombak itu menegaskan fokus utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian ... saya nak fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui dalam majlis rumah terbukanya di Ampang, merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik," katanya lagi.

Azmin juga turut menepis dakwaan wujudnya agenda memboikot Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti dilaporkan media sebelum ini, sebaliknya mengakui hubungan beliau selaku Pengerusi PKR Selangor amat rapat dengan Abdul Khalid yang juga merupakan Pengerusi PR Selangor.

"Kita ada muafakat cukup baik ... wacana agak berkala bagaimana parti boleh b ersama kerajaan negeri melaksanakan manifesto. Hubungan kerja cukup baik, jangan layan fitnah dan tohmahan," katanya lagi.

Beliau juga berkata, hasil perbincangan ketika temu rapat antara pemimpin PR di Pulau Pinang yang berlangsung pada Ahad dan Isnin lalu juga perlu dilaksanakan.

"Kita nak selaraskan dan laksanakan apa yang kita bincangkan di temu rapat," katanya ringkas, sebelum kembali melayan tetamu di jamuan rumah terbukanya.

Laporan media sebelum ini berkata Abdul Khalid umpama dipinggirkan PKR negeri dalam aktiviti mereka dan hanya dilihat menghadiri program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa penyertaan pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adu) mahu pun pimpinan cabang PKR.

Malah, Khalid juga turut dikatakan dilihat hanya hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.

Perkara itu dikatakan disedari apabila Majlis Hari Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam hanya dihadiri oleh kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan Adun mahupun kepimpinan cabang PKR Selangor.

Ketika program hari terbuka Parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Azmin baru-baru ini, Khalid juga tidak kelihatan walaupun ramai Adun dan pimpinan PKR hadir.

Memetik sumber dalaman kumpulan pro-Azmin, media melaporkan bahawa pimpinan pusat 'terlampau' campur tangan dalam pentadbiran politik negeri. - 25 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved