The Malaysian Insider :: Bahasa |
Jangan ambil mudah kestabilan negara, kata Shahrizat - Bernama Posted: 03 Aug 2013 12:47 AM PDT Beliau berkata, kemakmuran yang dikecapi 'tidak datang dari langit' sebaliknya diperoleh hasil keringat dan usaha pemimpin sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan kesinambungan itu diteruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita perlu bersyukur Malaysia aman dan tidak mengalami nasib negara Islam seperti Mesir yang ditimpa pelbagai insiden menyayat hati apabila pemimpin dipilih secara demokrasi digulingkan tentera," katanya kepada pemberita pada Majlis Solat Dhuha, Tasbih, Solat Hajat dan Tadarus Al-Quran, hari ini. Majlis itu dianjurkan Pergerakan Wanita Umno dan disertai kira-kira 1,000 anggota pergerakan itu dan beberapa anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar Lembah Klang. Solat sunat dipimpin Ustazah Shamsiah Abdul Rahman manakala tadarus Al-Quran diketuai oleh qariah ternama, Datin Seri Sharifah Khasif Badiuzzaman. Mengulas mengenai majlis itu, Shahrizat berkata majlis itu adalah acara tahunan pergerakan itu di bulan Ramadan sebagai cara untuk mengimarahkan bulan mulia di samping mengeratkan silaturahim antara anggota. "Solat hajat juga dilakukan untuk memohon supaya Malaysia terus sejahtera dan semoga pemimpin negara diberikan kesihatan untuk terus menerajui Malaysia," katanya. - Bernama, 3 Ogos, 2013. |
Selangor capai status negeri maju sejak zaman BN, kata Noh Omar Posted: 03 Aug 2013 12:30 AM PDT Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu mengatakan kenyataan Abdul Khalid mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak melakukan pembangunan luar bandar sebagai tidak adil. "Kenyataan dia (Khalid Ibrahim) tidak benar, kerana Selangor sebenarnya sudah mencapai status negeri maju sejak dari pentadbiran BN dan kita ketika itu melakukan pembangunan menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan kampung," kata Ahli Parlimen Tanjung Karang itu dipetik dari agensi berita nasional Bernama. Dalam Ucapan Aidilfitri diterbitkan Selangorkini edisi 2 hingga 9 Ogos 2013 yang menyatakan kerajaan negeri mensasarkan akan memperkasakan pembangunan kampung-kampung tradisi baru di seluruh Selangor dalam masa terdekat. Antara lain dalam ucapan Abdul Khalid menyebut biarpun negara mencapai kemerdekaan selama 55 tahun merdeka dan beberapa kementerian diwujudkan bagi membangunkan kawasan luar bandar namun sembilan daerah negeri Selangor masih belum memuaskan. – 3 Ogos, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan