Jumaat, 30 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa

Merdeka: Umat Islam jangan terpedaya dengan helah teknologi

Posted: 30 Aug 2013 01:11 AM PDT

August 30, 2013
Latest Update: August 30, 2013 05:45 pm

Umat Islam diingatkan pelbagai cara sedang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan jati diri ummah sehingga menyebabkan masyarakat Islam seolah-olah hilang panduan dan pedoman untuk membezakan mana benar, mana salah, mana palsu dan mana yang tulen.

Khutbah Jumaat yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggariskan antara cara yang melemahkan jati diri umat Islam ialah melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun akidah melalui media massa, internet, Facebook, emel, SMS dan sebagainya.

Khutbah bertajuk `Jati Diri Asas Kemerdekaan Negara' itu, berkata penjajahan minda di bawah inovasi canggih menjadikan ruang sosial tidak mempunyai sempadan sehingga segala maklumat memenuhi ruang tanpa kawalan dan pemantauan berkesan.

Katanya, proses pendemokrasian maklumat itu berjalan pantas dan media massa mempunyai pengaruh besar dalam mencanai pemikiran rakyat.

"Serangan musuh Islam ini hampir berjaya, sehinggakan pada hari ini kita sedang mengalami ketidaktentuan dalam masyarakat yang kita tidak tahu apa puncanya hingga umat Islam dicabar jiwa dan jati dirinya," katanya.

Khutbah berkenaan turut menyentuh mengenai penghinaan kepada umat Islam secara berterusan seperti memperlekeh hak eksklusif ummah, contohnya kalimah Allah, masjid dan sebagainya, mempersendakan ibadah umat Islam seperti menghina bulan Ramadan dengan hidangan binatang yang haram di sisi Islam dan paling malang lagi ada yang sanggup menghina Rasulullah.

Dalam khutbah itu, umat Islam diingatkan bahawa menjadi tanggungjawab orang Islam untuk meletakkan kepentingan agama dan akidah di tempat teratas dan semua yang merosakkan agama dan akidah wajib dihindarkan.

"Umat Islam yang menjaga agama akan menjadi seorang yang berintegriti, tidak akan membenarkan sesuatu berlaku yang akan merosakkan akhlak dan moral. Mereka yang tidak beragama akan lemah akhlaknya dan hilang semangat patriotik dan jati dirinya, dan tidak mustahil akan menggadaikan kepentingan negaranya demi memenuhi tuntutan hawa nafsunya," katanya.

Khutbah itu menyeru umat Islam yang mempunyai jati diri, cintakan agama, bangsa dan negara bersatu padu dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, perpecahan berdasarkan ketaksuban dan fahaman kepartian yang sempit sebenarnya akan merugikan ummah itu sendiri bahkan akan terus melemahkan ummah sehingga tidak lagi dihormati oleh mereka yang bukan Islam.

"Cukup-cukuplah kita membicarakan parti mana yang bagus dan pemimpin mana bersih kerana ia pasti tidak akan berkesudahan. Pada masa ini, perpaduan antara kita mestilah menjadi agenda utama demi memastikan Islam sebagai agama rasmi negara dipertahankan," katanya.

Sempena sambutan bertemakan, `Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku', khutbah itu mengajak umat Islam mengenang kembali pengorbanan dan susah payah pejuang negara yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Tetapi, pada masa sama, umat Islam katanya, perlu sedar bahawa perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai sekalipun kita pada hari ini tidak lagi dijajah secara fizikal dan masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.

Katanya, kemerdekaan lebih empat dekad ini perlu diisi dengan pembangunan fizikal, mental dan spiritual dan dibangunkan dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa.

"Kita sebagai rakyat tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa puas hati dengan apa yang dikecapi selama ini. Jangan kita menjadikan sambutan Hari kemerdekaan sebagai satu cuti umum sahaja atau pesta untuk bersuka ria," katanya.

Maka, katanya, bagi memulakan agenda besar itu, umat Islam digalakkan mengisi hari kemerdekaan dnegan nilai keimanan dan ketakwaan sejati untuk melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan sepenuhnya kerana ia sebahagian daripada syahadah dan ikrar kepada Allah.

"Kepada generasi muda, mimbar yang mulia ini menyeru menyelami erti kemerdekaan dengan menjadikan pengorbanan generasi terdahulu sebagai satu inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju.

"Kenangilah tokoh pejuang kemerdekaan dan bayangkanlah suasana di zaman mereka yang penuh dengan ancaman, jerit perit, susah payah namun tetap mereka teruskan perjuangan walau dengan air mata, keringat dan darah demi untuk mendapatkan sebuah kemerdekaan.

"Kita doakan juga supaya negara tercinta terus dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, keteguhan ekonomi, dijauhkan segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran negara.

"Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup dalam kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman," katanya. – 30 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved