Rabu, 7 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pemberi maklumat SK Seri Pristana mohon anak tukar ke sekolah vernacular

Posted: 07 Aug 2013 01:50 AM PDT

OLEH YISWAREE PALANSAMY
August 07, 2013

Penjaga yang menyalurkan maklumat bagaimana murid bukan Islam SK Seri Pristana makan pada waktu rehat di bilik mandi telah memindahkan anak perempuannya dari sekolah tersebut.

Guneswari Kelly berkata beliau memindahkan anaknya ke sebuah sekolah vernakular di Subang, selepas anaknya dimalukan semasa perhimpunan sekolah yang memainkan isu perkauman oleh guru dan rakan sekolah anaknya.

"Salah seorang guru telah memalukannya dengan menuduh dia telah memalukan sekolah. Dia juga berkata anak saya tidak layak belajar di sekolah itu," kata Guneswari memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

Ibu tertekan itu mendakwa dia telah pergi ke Pejabat Pendidikan Kuala Selangor selepas mendapat kebenaran pihak sekolah namun mendapati proses itu memakan masa sebulan.

"Saya akan ke Putrajaya selepas Hari Raya bagi memudahkan urusan pertukaran sekolah anak saya," katanya.

Guneswari mengetahui perkara tersebut selepas mendapati anaknya kehilangan alatulis.

"Saya bertanya mengapa beliau berlaku ganjil dan kemudian dia mendedahkan kisah sebenar tentang penderitaan yang diterimanya," katanya.

Guneswari berkata beliau telah menghubungi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Hussein Mohd Ariff bagi mengadu pengalaman pahit anaknya namun tiada jawapan.

"Malah, mesyuarat PIBG bagi membincangkan hal berkenaan juga tidak diadakan seperti yang diberitahu kepada saya. Saya diminta untuk berjumpa sendiri dengan pihak pentadbiran sekolah dan PIBG bagi membincangkan perkara yang tidak saya persetujui," katanya.

Pengerusi PIBG itu sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia tidak menerima pesanan ringkas atau panggilan dari Guneswari.

Berhubung pembatalan mesyuarat PIBG, Hussein berkata mesyuarat itu akan diadakan selepas Hari Raya bagi membolehkan ramai ibu bapa hadir.

Guneswari turut bimbang akan nasib ibu bapa bukan Islam lain yang turut membantah dalam kes kantin tersebut di mana ada anak mereka diambil gambar mereka dan menerima ancaman.

Guneswari merupakan penjaga yang mendedahkan murid makan di bilik mandi malah turut mengambil gambar semasa waktu rehat.

Gambar tersebut tersebar luas di media sosial dan mengundang kemarahan terhadap tindakan sekolah tersebut.

"Saya tidak mendedahkan hal ini demi anak saya sahaja tetapi untuk murid lain. Pihak sekolah memerlukan pemimpin yang lebih berkaliber dan kejadian tersebut menggambarkan jenis kepimpinan sekolah berkenaan," katanya. - 7 Ogos 2013

Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya

Posted: 07 Aug 2013 01:34 AM PDT

The Malaysian Insider tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved