Khamis, 8 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MB Selangor cadang guru besar Seri Pristana mohon maaf sebagai penyelesaian

Posted: 08 Aug 2013 01:46 AM PDT

Oleh Rita Jong dan Jennifer Gomez
August 08, 2013
Latest Update: August 09, 2013 12:46 am

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, guru besar SK Seri Pristana Mohamad Nasir Mohd Nor perlu mengambil contoh tindakan guru besar Sekolah Menengah Alam Megah Yati Dani, yang secara peribadinya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelajar selepas membuat kenyataan perkauman semasa perhimpunan sekolah.

"Kita perlu menghormati satu sama lain. Malah dalam sejarah Amerika, ia mengambil masa 150 tahun bagi mereka menerima bahawa tiada pengasingan," katanya pada sidang akhbar di rumah terbuka Hari Raya di Shah Alam hari ini.

"Kita perlu menyelesaikan demi kesejahteraan pembangunan negara.

"Guru besar hanya perlu meminta maaf dan duduk dengan pelajar tersebut dan makan bersama-sama," katanya tersenyum.

The Malaysian Insider melaporkan semalam bahawa ibu bapa pemberi maklumat menyebarkan gambar pelajar bukan Islam di SK Seri Pristana dipaksa untuk makan di bilik persalinan ketika waktu rehat, terpaksa memindahkan anaknya belajar ke sekolah lain.

Guneswari Kelly berkata, dia memindahkan anak perempuannya ke sekolah vernakular Subang selepas anaknya didakwa diaibkan semasa perhimpunan sekolah dan ia jelas menunjukkan penghinaan kaum berterusan oleh guru-guru dan rakan sekolah.

Keputusan untuk memindahkan anaknya dari sekolah,itu bagaimanapun, menurut Khalid bukan merupakan penyelesaian terbaik untuk tidak memanjangkan konflik ini.

"Ibu pelajar itu tidak sepatutnya mengasingkan anaknya kerana kita tetap akan hidup bersama pada masa hadapan dan untuk abad yang akan datang... kita tidak mampu untuk berdepan dengan perkara yang sama kelak," kata beliau,

Ramai ahli politik, guru-guru dan badan-badan bebas menyuarakan pandangan mereka secara keseluruhan mengenai kemelut ini maka ianya harus berakhir, kata Khalid.
 
Malah, pada bulan lepas, jawatankuasa perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan menyertai pertelingkahan ini dengan menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat Guneswari agar di dakwa bawah hasutan atau sebaliknya. - 8 Ogos, 2013.

Jenayah: Kelantan tuntut semula pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan

Posted: 08 Aug 2013 01:43 AM PDT

Oleh The Malaysian Insider
August 08, 2013
Latest Update: August 08, 2013 04:45 pm

Kelantan menuntut supaya jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan ekoran kejadian jenayah yang semakin  banyak di negeri ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, satu mekanisme baru di dalam menangani isu penyeludupan senjata api dan juga kemasukan secara haram penjenayah perlu dirangka dengan serius bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) menegaskan bahawa sudah sampai masanya untuk jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan sebagaimana amalan negeri-negeri yang lain.

Selaku Pengerusi MKN peringkat negeri, Menteri Besar Kelantan akan berhak memanggil sebarang mesyuarat yang melibatkan pasukan keselamatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu keselamatan dan turut bersama merancang strategi bagi menangani situasi jenayah yang semakin serius.

DPPNK yakin isu-isu keselamatan seperti ini perlu ditangani dengan profesional tanpa melibatkan sentimen politik dan ia memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan dan kerajaan negeri.    

Dengan terlantiknya Menteri Besar Kelantan sebagai Pengerusi MKN Peringkat Negeri Kelantan sekaligus akan membuka lembaran baru dalam aspek kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat di dalam menangani kes-kes jenayah.- 8 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved