Jumaat, 9 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Beregu emas bakal berdepan ‘hukuman’ selepas terkandas di suku akhir - Bernama

Posted: 09 Aug 2013 02:57 AM PDT

August 09, 2013
Latest Update: August 10, 2013 01:57 am

Padah menanti beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, apabila mereka terkandas pada suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, hari ini.

Pasangan nombor dua dunia dan pilihan kedua kejohanan itu terpaksa akur kepada kehebatan pilihan kelima dari Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang 15-21,16-21 dan mereka perlu "membayar harga yang tinggi" di atas kekalahan tersebut, selain mengakhiri cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran kepada gandingan itu untuk layak ke final pada kejohanan itu atau akan dipisahkan berikutan prestasti mereka yang merudum sejak beberapa tahun lepas.

Pada pertemuan itu, segalanya tidak menjadi bagi beregu negara itu sebaliknya pasangan Korea Selatan itu lebih bertenaga dengan corak permainan pantas dan pertahanan yang kental untuk menempah tempat ke separuh akhir esok.

Ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu, Koo berkata mereka telah berusaha bersungguh-sungguh pada kejohanan itu dan terserah kepada kepimpinan BAM bagi menentukan nasib mereka.

"Memang saya masih mahu meneruskan gandingan ini tetapi terpulang kepada BAM di bawah presiden baharu (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff) untuk membuat keputusan.

"Kami memang bersedia untuk kejohanan ini dan sudah melakukan apa yang terbaik tetapi... tewas di suku akhir," katanya.

Kien Keat turut kesal dengan sikap peminat tempatan yang sering mengkritik mereka apabila gagal mencapai keputusan yang cemerlang pada sesuatu pertandingan terutama membabitkan kejohanan besar sedangkan mereka telah berusaha sedaya upaya.

"Kalau boleh, saya rasa macam mahu bermain (menyertai kejohanan) di China sahaja... sama ada menang atau kalah mereka terus beri sokongan. Saya rasa kecewa, apabila kami meraih kejuaraan tidak ramai yang ucap tahniah tetapi bila kami kalah, ramai yang kritik," katanya.

Mengenai perlawanan itu, Kien Keat mengakui bahawa pasangan Korea Selatan itu mempamerkan aksi mantap sehingga sering kali memerangkap mereka.

Boon Heong turut melahirkan rasa kecewa kerana gagal meneruskan kemaraan kerana mereka turut meletakkan sasaran tinggi pada kejohanan edisi kali ini.

"Tiada apa yang boleh saya katakan. Biar BAM yang tentukan nasib kami," katanya yang turut mengharapkan agar gandingannya bersama Kien Keat dikekalkan.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her berkata beliau akan menyiapkan laporan berhubung prestasi kesemua beregu negara, termasuk gandingan Koo-Tan pada kejohanan itu untuk diserahkan kepada BAM.

"Mereka sudah cuba sedaya upaya. Saya akan siapkan laporan dan terpulang kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan untuk membuat keputusan muktamad," katanya yang mengakui bahawa kedua-dua pemain berkenaan telah berusaha bersungguh-sungguh pada kejohanan itu tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Dua lagi beregu negara – Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari dan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong – pula terkandas di pusingan ketiga semalam manakala Goh V Shem-Lim Khim Wah tersingkir di pusingan kedua.- Bernama, 9 Ogos, 2013.

Kes tembakan: P Pinang tukar slogan, tambah CCTV

Posted: 09 Aug 2013 02:12 AM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM
August 09, 2013
Latest Update: August 09, 2013 05:26 pm

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluahkan kebimbangan terhadap tiga kejadian tembak membabitkan senjata api hingga meragut satu nyawa dan satu lagi cedera parah yang dilaporkan berlaku di negeri itu semalam.

Katanya, kes jenayah membabitkan senjata api kini menjadi perkara utama kepada kerajaan negeri untuk membanteras keganasan yang semakin berleluasa sehingga menimbulkan panik di kalangan orang awam.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat menukar slogan kerajaan negeri dari Penang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat kepada Penang Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat.

"Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Pulau Pinang, dia memberitahu saya polis kini sedang melakukan sebaik mungkin bagi mengawal situasi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Memahami situasi polis di negeri itu yang tidak mempunyai jumlah anggota yang cukup kerajaan negeri akan bersama-sama dengan polis bergabung tenaga mencegah jenayah terus merebak dan menjadikan Penang sebagai negeri yang selamat kembali.

Antaranya ialah dengan menubuhkan Unit Kawalan Rondaan Sukarelawan di setiap komuniti kawasan perumahan.

Malah Kerajaan Negeri juga akan segera menambah sebanyak 125 lagi kamera pengawasan (CCTV) yang nilainya berjumlah RM 3 juta.

"Kita sasarkan tambahan sebanyak 70 kamera rakaman pengawasan dipasang bawah seliaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan 55 lagi di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),"kata Guan Eng lagi.

Lim memberitahu untuk mengatasi masalah kekurangan anggota polis memantau kamera rakaman pengawasan, kerajaan sendiri akan membiayai pekerja tambahan untuk melakukan pemantauan.

Langkah ini dibuat bagi memastikan tugas polis untuk mengawasi jenayah tidak terjejas seterusnya dapat meningkatkan tahap keyakinan orang awam.

Ketua Menteri itu juga turut menyeru kerjasama dari semua pihak dimana orang awam bukan saja diminta memberi informasi kepada polis namun digalakkan turut membuat laporan polis bagi memastikan rekod jenayah yang tepat dicatat. - 8 Ogos, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved