Isnin, 26 Ogos 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Mesir: Doktrin Islam-politik dicabar

Posted: 25 Aug 2013 06:57 PM PDT

August 26, 2013

Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.

Kedudukan Mesir sebagai hub intelektual dunia Islam telah menyaksikan kelahiran berbagai aliran Islam yang berupaya menguasai kelompok yang  bersaing atas nama Islam.

Mendasari perkembangan di Mesir adalah pertembungan doktrin Sekular-Liberal dan Islam.

Salafiyah vs Islahiyah

Jika kita melusuri perjuangan pemikiran Islam pasca Khilafah, kelompok Islam membentuk dua aliran antara Salafiyah yang rigid interpretasi teksnya dan Islahiyah yang agak kontemporari fahaman teksnya mengikuti perkembangan semasa.

 Muncul dalam kelompok Islahiyah ini individi-individu di kalangan ulamak yang mempelopori pemikiran islam terkini dengan suntikan makna pada zaman yang dilaluinya.

Tokoh seperti Mohd Abduh, Rasyid Redha dan sebelumnya Jamaludin Al Afghani menjadi mercu tanda pemikiran pada persimpangan umat Islam mencari identiti politik yang hilang dengan proses kejatuhan Khilafah sehingga tahun 1924.

Namun kemunculan seorang tokoh yang bernama Hassan Al Banna bukan sahaja meninggalkan bekas perbahasan intelektual tetapi yang lebih penting telah membentuk satu pergerakan yang mempunyai organisasi paling tersusun yang menguasai pemikiran massa di atas nama Ikhwan Al Muslimun atau Muslim Brotherhood.

Salafiyah

Golongan salafi yang fahaman teks Al Quran dan Hadisnya yang agak kaku tidak banyak melahirkan tokoh-tokoh besar kerana kemunculan mereka adalah merupakan status-quo kepada mainstream yang ada semasa kejatuhan Khilafah tetapi ia telah melahirkan kelompok yang anti kemodenan dan Barat lalu menjadi benih awal kepada kemunculan ekstrimism dan militan dalam perjuangan mereka.

Kelompok Gamaah Islamiyah, Hijrah Wa Takfir dan terkini Al Qaeda adalah sebenarnya manifestasi kebencian kepada Barat dan disokong dengan interpretasi totok kepada teks-teks Al Quran dan Hadis yang ada.

Liberal-Sekular

Kelompok ini mahukan Islam dalam bentuknya yang bebas dari hambatan institusi kawalan moral lantas meletakkan hak individu untuk memilih gaya dan cara hidupnya mengikut pilihannya dan tidak mahu dipaksa dan dipantau oleh polis moral.

Mereka melihat aspek syariah sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka mahukan interpretasi Islam yang bebas dan menganggap politik dan Islam tidak boleh bersatu.

Mereka tidak menolak agama, tetapi menolak parti Islam dan negara Islam yang mereka dakwa teokratik.

Mengisi revolusi rakyat

Kekosongan period transisi regim kukubesi kepada suara rakyat menyaksikan konfrontasi Sekular -Liberal dan Islam tidak dapat dielakkan.

Perkembangan rampasan kuasa tentera disokong oleh kelompok Sekular-Liberal kerana menganggap pengaruh Ikhwan melalui kemenangan Morsi akan membawa negara Mesir kepada pemerintahan agama lalu menafikan hak demokratik rakyat menentukan halatuju negara.

Golongan Sekular-Liberal mewajarkan sokongan mereka terhadap rampasan tentera tempohari dengan membawa doktrin anti-political-Islam.

Walaupun perbahasan ini jauh dari capaian rakyat awam yang rata-ratanya kais pagi makan pagi di Mesir,  namun doktrin ini cuba dipaksakan kepada rakyat Mesir bahawa Morsi mewakili Islam-Politik yang akan menghuruharakan Mesir dan membawa Mesir ke belakang.

Biarlah ini satu dakwaan kosong sebenarnya dan Tentera yang mencipta suasana huru-hara di Mesir namun implikasi doktrin anti-Islam Politik adalah mesej yang kuat kepada seluruh dunia Islam bahawa mereka harus menentang Islam-Politik dan ini bermakna menentang parti Islam dan cita-cita politik Islam walaupun tak semestinya mereka menantang Islam sebagai agama ritual dan spiritual.

Pemikiran Politikal-Islam

Tesis ini di kemukakan pada awal 90an oleh Oliver Roy dalam bukunya 'The Failure of Political Islam' di mana istilah Political-Islam itu dikaitkan dengan kemenangan kelompok Islam melalui politik yang melahirkan neo-fundamentalism.

Politik yang diceburi oleh kelompok ini lebih banyak melahirkan sikap anti-Baratnya melalui kebimbangan mereka terhadap aspek moral dan keruntuhan akhlak dan gagal membawa program ekonomi sosial dan politik yang mampu mengubah keadaan.

Oliver Roy amat berhati-hati untuk tidak melonggokkan kesalahan itu kepada Islam kerana di kalangan Islamist ada yang menggarap persoalan politik melalui adaptasi kepada perkembangan di Barat dan berpandukan kepada panduan Islam yang sebenar.

Menarik dalam hujah Oliver ialah beliau menganggap kelompok neo-fundamentalism adalah anti-tradisi ilmu malah cuba menentukan peranan ilmu mengikut selera mereka melalui kuasa politik yang ada kepada mereka.

Rumusan Oliver ialah kemunculan Islam-Politik adalah gambaran kepada anti Barat dan kemodenan tanpa satu program sosio-ekonomi dan rakyat yang dikuasainya akan memberontak kerana mereka tidak dapat menikmati hasil kemodenan dan pembangunan maka negara akan huru-hara. Akhirnya lahirlah pemikiran 'kegagalan Islam-Politik' sebagai tema yang diangkat.

Mencabar tesis ini

Di kalangan intelektual Sekular-Liberal, idea ini sudah mula didengungkan bagi mewajarkan rampasan kuasa ke atas Morsi.

Persoalannya ialah, adakah Morsi mewakili konsep Islam-Politik yang dikemukakan oleh Oliver Roy? Adakah pemikiran resmi Ikhwan mendasari neo-fundamentalism? Adakah pengalaman Algeria, Sudan dan Afghanistan sama dengan proses demokrasi yang dilalui oleh rakyat Mesir? Adakah kewajaran rampasan tentera kerana Mesir di kancah perang saudara dengan kemenangan Morsi?

Jawapan kepada persoalan yang banyak ini akan membawa kita untuk mencabar teori Oliver Roy yang diaplikasikan oleh golongan Sekular-Liberal dalam meyakinkan orang ramai bahawa menjatuhkan Morsi adalah menyelematkan Mesir dari Islam-Politik.

Implikasi

Semua kelompok Islam yang bergerak di medan siyasah harus mengambil serius apa yang saya lontarkan dalam artikel ini kerana pertembungan doktrin merentasi batas geografi dan masa.

Selagi Islamist di medan politik tidak membuktikan Islam adalah merentasi sekadar kuasa dan tidak menjurus kepada konsep ketamadunan yang lebih luas skopnya selagi itu tanggapan teori 'kegagalan' ini akan menghantui semua pihak.

Islam yang diusung dan diperjuangkan mesti memberi makna kepada keadilan sosial, erti kemanusiaan, erti kebebasan bersuara, keamanan hubungan antara agama dan erti kerajaan yang adil. Kemenangan parti Islam di medan politik bukan kemenangan anti-Barat tetapi ia kemenangan Keamanan Manusia Sejagat dan pastinya kemenangan Islamist perlu menghormati lunas-lunas demokrasi dalam melihat julat kepelbagaian yang ada.

Penegasan kepada suntikan makna Islam yang lebih luas cakupannya dan capaiannya akan menjadikan teori Oliver Roy dan pengusungnya dicabar untuk kita membentuk tesis baru iaitu 'The Success of Political Islam'

Pertembungan berterusan

Morsi telah diharamkan haknya untuk membuktikan teori Sukses ini oleh Tentera yang disokong oleh golongan Sekular-Liberal. Saya meyakini bahawa pemikiran Morsi yang  didasari oleh RAhmatan Lil Alamin sesekali bukan neo-fundamentalism.

Ikhwan pula terkenal dengan sikap keterbukaan mereka kepada pertembunagn Islam dan Barat. Para ulamak dan ilmuan Ikhwan senantiasa mencari-cari titik pertemuan pembinaan tamadun dengan berdialog dan bertukar pandangan.

Ikhwan juga tegas dalam soal menuntut hak dan menentang penindasan. Apa yang berlaku di dataran Nahda di Rabiah Adawiyah adalah suara menuntut hak.

Tiada yang berani mengatakan tindakan rampas kuasa adalah wajar kecuali golongan Sekular-Liberal yang totok anti Islam- Politiknya.

Mereka mendapati tentera akan memenuhi kehendak mereka kerana mereka tidak ada asas sokongan rakyat di akar umbi. Dengan pembebasan Mubarak dari penjara dan dikenakan tahanan di rumah dan Morsi serta pimpinan Ikhwan dipenjarakan, kita hanya mampu bertanya apakah prinsip awalan ini yang hendak diasaskan dalam mengisi Revolusi Rakyat 2011 yang dahagakan kebebasan dan demokrasi?

Apakah ini kes awalan yang hendak diasaskan oleh golongan Sekular-Liberal bahawa demokrasi hanya untuk mereka dan bukan untuk gologan Islam? Wajar bagi Islamist di medan siyasah mencabar semua prinsip ini dengan kekuatan hujah dan intelektual yang ampuh. – 26 Ogos, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Helping real business grow

Posted: 25 Aug 2013 04:50 PM PDT

August 26, 2013
Latest Update: August 26, 2013 03:50 pm

Datuk Zaid Ibrahim founded Malaysia's largest law partnership before focusing on politics. He was a minister in the Abdullah administration, was in Umno, PKR and last in KITA as its president.

Many Malaysians are hoping the Government will take over the AES traffic camera system that was privatised to Beta Tegap and ATES.

The acting Transport Minister says more studies need to be done before a final decision is made but I think it's better for him to confine the scope of these studies to the cost of terminating the concession.

By persisting with a system where privatised entities take a share of the fines collected, the Government is inviting more headaches not just for motorists but for itself.

Sharing revenue that has been derived from fines and penalties with a private company disturbs the rakyat's good sense. Revenue-sharing has to be limited to business profits undertaken by a joint venture company where government interests are held.

To allow a private company to share in the fines collected is simply giving away government revenue. How can that be justified?

If indeed billions of ringgit can be collected under the camera system because Malaysians love to break traffic laws, then so be it-but let the Government benefit from this.

The administration must be willing to stop the practice of selling government assets and facilities to enrich businessmen who are close to the leaders.

This is the worst kind of privatisation, i.e. where no special skills or risks are involved, which means there was never any real reason to privatise in the first place.

Government projects should not go private for the sole purpose of helping out a handful of well-connected businessmen who can expect to see investment returns of 17% or more, which you won't get in the real business world.

Government projects should only be privatised, if at all, when the risks are high, the projects are complicated and the returns are within the range usually found acceptable by investors.

What the Government should be focusing on is helping real businessmen build our economy and country .We may have a growing economy but don't forget that we have a huge level of debt. Our ringgit is sliding, productivity is low and the flow of foreign investments into the country cannot match the outflow.

Even if we have the prime minister working hard and having a new slogan about "Endless Possibilities" to bring cheer and a positive outlook, there is no substitute to having an honest government that is free of corruption.

There is no substitute for good and transparent decision-making over the awarding of contracts. This is how we can bring back more investments, especially from the domestic private sectors.

Our Small and Medium Industries don't need chief ministers engaging in political lectures, but encouragement from state government leaders with suitable incentives.

I remember the days when the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs held regular engagements and meetings with local businessmen and worked on ways to spur the setting up of small industries and factories.

These SMIs was the real engine of growth then. Then came a distraction. Many were caught up with the new mood of "Malaysia Boleh". We all set out to conquer the world.

Malaysians were told that the first man to circumnavigate the globe was a Malay and that they should emulate his feat. Malaysia Airlines flew to the corners of the globe even when passenger loads were frighteningly low. Local businessmen who did not even have a clue about running a business here invested heavily in foreign countries, not surprisingly without any success.

I hope when the advisers told the Prime Minister to replace "1Malaysia" with "Endless Possibilities" that they also told him to be realistic at all times. Malaysians must reach out to the world but we can't rush into it.

Let us take things within our capabilities so that we can cope with more difficult situations. Improving our skill sets and changing our habits and values to be more consistent with the demands of the modern world should be our priority.

Paying attention to the many unemployed youths by giving them business skills will reap better dividends.

There are many areas in Kelantan, Kedah and Perak that still need federal government intervention and incentives so that local businessmen can develop food-based industries and factories to spur the economy.

Our delivery system is way below competitive level, although Tun Abdullah Ahmad Badawi had tried to make this process one of the key initiatives of his administration.

Government agencies charged with supporting businessmen and farmers are not as efficient as their counterparts in Thailand and Taiwan, where agencies are better coordinated to support small and medium-sized businessmen.

What the country needs besides encouragement and the "can do" mentality is an equal heavy dose of reality, in whatever enterprise we undertake. The reality is that this country was built by and large by small businessmen.

Felda may go global and PETRONAS is a success story but let's not stretch our luck. Our years of economic success were grounded in the multitude of small businessmen around the country who worked hard and continue to be the backbone of our economic strength.

Don't think that just because our GLCs are responsible for the major industries and are home to all the best brains (not forgetting the interns in our Ministers' offices) that the answer to our economic performance and stability depends entirely on their success.

The simple truth that the likes of Margaret Thatcher, Ronald Reagan and Vladimir Putin learned was that governments do not do well managing businesses. It may work for a while, but not for the long term for then huge losses and big scandals seem to inevitably follow. - August 26, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved