Jumaat, 13 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Utusan Malaysia lambang kejayaan Melayu, kata Najib

Posted: 13 Sep 2013 02:23 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
September 13, 2013
Latest Update: September 13, 2013 06:01 pm

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. - 13 September, 2013. – 13 September, 2013.

13 dipenjara, denda RM5,000 kerana menentang “rampasan kuasa” Perak 2009

Posted: 13 Sep 2013 01:30 AM PDT

September 13, 2013

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.Mahkaman Sesyen hari ini mensabitkan 13 individu yang menyertai perhimpunan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Perak semasa majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir empat tahun lalu, bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan masing-masing didenda RM5,000.

Mereka yang didakwa pada 6 Februari 2009 itu ialah Bad Latif Mansor, 47; Suhana Abdullah; Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib; Nazir Hamid, Mohd Hasri Ismail dan Mohamed Ismail, 47.

Hakim Norsalha Hamzah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Beliau juga memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Pada Pilihan Raya 2008, Pakatan Rakyat (PR) memenangi negeri Perak dengan majoriti tipis, dengan 32 kerusi berbanding BN 27.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemudian kembali menyertai Barisan Nasional (BN) sementara tiga ahli PR menggelarkan diri mereka sebagai bebas dan menyokong BN.

Menteri besar pada ketika itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian memohon Sultan Perak Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri, namun Sultan bertitah supaya Nizar dan excBekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.onya meletak jawatan.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari Umno kemudiannya dipanggil Sultan untuk menubuhkan kerajaan, dan mengangkat sumpah pada 6 Februari 2009.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pada Mei 2009 pengambilalihan kuasa itu sebagai "tidak sah", tetapi keputusan tersebut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada Februari 2010. – 13 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved