Sabtu, 14 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MTEM khuatir halatuju Bumiputera menjelang 2020‎

Posted: 14 Sep 2013 02:56 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
September 14, 2013
Latest Update: September 15, 2013 01:56 am

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mahu penjelasan lanjut Datuk Seri Najib Razak berhubung bilangan syarikat Bumiputera yang berskala sederhana pada tahun 2020 kerana pada hari ini bilangannya kurang dari satu peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Nizam Mahshar? berkata kerajaan perlu mempunyai ukuran kemajuan nyata? berdasarkan hasil bagi mengelak risiko dengan hanya mengukur? input dan output tanpa mengetahui pencapaian hasil yang dikehendaki.

"MTEM berharap Perdana Menteri dapat menyediakan lebih banyak? definisi terhadap sasaran berasaskan hasil kerana kita mesti pergi ke akar umbi isu mengenai pembangunan modal insan Bumiputera.

"Kami turut tidak jelas mekanisme yang digunakan Perdana Menteri untuk meningkatkan kualiti graduan Bumiputera kerana golongan berkenaan kini berdepan dengan pengangguran.

?"Kami mencadangkan negara menghasilkan graduan Bumiputera berdasarkan kepada pendidikan dan latihan yang berkualiti dan ditanda aras dengan piawaian global," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nizam turut mempersoalkan pendekatan Najib ?dalam memastikan bahawa program latihan semula didorong oleh keperluan pasaran.

Katanya, program terdahulu tidak berkesan dalam menghasilkan bakat yang diperlukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA).

"Cadangan kami adalah pembiayaan sepatutnya diberikan terus kepada industri yang lebih mengetahui apa yang diperlukan graduan.

"Kami berharap Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) dapat menyatukan kesemua program Bumiputera di bawah agensi, kementerian dan syarikat milik kerajaan (GLC) yang berbeza. Sekaligus? membangunkan kad skor seimbang yang menyeluruh serta dapat dijalankan? secara telus.

"Ini bagi memastikan semua yang memainkan peranan? ini mampu melaksanakan dan akhirnya mencapai matlamat mereka supaya? agenda pembangunan Bumiputera dapat memberi impak pada tahun 2020.? Kami di MTEM berharap untuk mengambil bahagian secara berkesan bersama Perdana Menteri dalam MEB," katanya. - 14 September, 2013.

Ranking jatuh: UiTM tidak kejar kedudukan, kata Naib Canselor

Posted: 14 Sep 2013 01:13 AM PDT

Oleh Hasbullah Awang Chik
September 14, 2013

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar hari ini berkata, UiTM tidak mengejar kedudukan apabila mengulas kedudukannya di tangga 701 universiti terbaik dunia berbanding kedudukan 601 pada tahun lalu.

Beliau berkata, UiTM tidak pernah meminta untuk dinilai bagi berada dalam kedudukan itu dan salah satu faktor yang diambil kira adalah bilangan pelajar antarabangsa menjadikan UiTM kurang daripada segi pemarkahan.

"Kita tidak mempunyai pelajar antarabangsa dan peluang diberi seluas-luasnya kepada hampir 200,000 pelajar yang kini menuntut di UiTM.

"Universiti lain yang tersenarai hanya ada 20,000 pelajar. Mana boleh disamakan dengan kita. UiTM ada program diploma dan pensyarahnya pula kebanyakan berkelayakan sarjana sahaja.

"Bilangan pensyarah kelulusan sarjana lebih tinggi daripada doktor falsafah, itu sebabnya dikurangkan markah. Tujuan kita jelas mahu meramaikan kakitangan separa profesional.

"Kita tidak sama seperti universiti lain yang mengejar kedudukan. UiTM bukan universiti penyelidikan tetapi masih ada dalam kedudukan.

"Banyak universiti lain tidak berada dalam kedudukan, bermakna UiTM hebatlah boleh sama dengan universiti penyelidikan," katanya ketika ditemui di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam hari ini.

Beliau turut menyelar pihak yang memperlekehkan kemerosotan kedudukan universiti itu dan berkata: "Siapa kata ranking kita jatuh, ilmunya kurang.  Apabila ilmu cetek, cakap banyak, orang label kurang pintar. Kaji baik-baik, baru tahu apa bezanya. Orang tidak tahu pasal ranking jangan cakap. Yang boleh cakap pasal ranking, hanya ahli akademik."

Mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menambah bilangan pelajar UiTM kepada 250,000 orang, beliau berkata, ini satu cabaran besar untuk menggiatkan usaha dalam penambahan pelajar kerana jumlah pelajar buat masa ini mencecah 200,000 orang.

Katanya, dengan pengumuman Perdana Menteri itu, pertambahan pelajar dapat dilakukan secara rasmi dan peruntukan kerajaan juga dapat disesuaikan dengan pertambahan pelajar.

"Tenaga mengajar tidak menjadi masalah di UiTM kerana kami ke arah pembelajaran maya tetapi yang menjadi isu adalah keselesaan pelajar disebabkan pertambahan itu.

"Kualiti pelajar tidak perlu dipertikaikan kerana setiap jabatan di universiti dikawal selia oleh badan profesional. Kejuruteraan dan Perubatan mendapat pengiktirafan untuk lima tahun tetapi universiti terkemuka kerajaan hanya tiga tahun sahaja," katanya.

Sahol turut menyelar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan program Destini Anak Bangsa menemui kegagalan.

Katanya, program itu berjaya melahirkan 80 peratus pelajar kurang berkemampuan berjaya di universiti itu.

"Mereka kena ingat asal-usul UiTM. Asalnya memang begitu. Saya pun dari pra diploma tetapi sekarang sudah jadi profesor dan Naib Canselor. Salah ke orang yang masukkan saya dahulu? Orang yang mendakwa seperti ini cemburu dengan kejayaan UiTM dan anak mereka tidak masuk ke universiti ini. Jangan samakan kami dengan universiti lain. Saya dapat surat belambak-lambak ucap terima kasih anak mereka berjaya. Saya tidak umumkan pun," katanya.

Beliau berkata, UiTM wujud kerana Umno dan sekarang Umno juga yang pertahankan UiTM.

"Kesesakan pelajar di kampus utama di Shah Alam dapat dikurangkan selepas pelajar yang terlibat dipindahkan ke kampus cawangan," katanya. – 14 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved