The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pasangan didakwa punca tumpahan minyak di Sungai Selangor Posted: 17 Sep 2013 02:06 AM PDT Mahkamah mendakwa Ng Kim Bok, 55 dengan 30 kiraan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Enakmen Pihak Berkuasa Pengurusan Air Selangor. Isterinya H'ng Soo Chiew, 56 turut dikenakan dakwaan bersama dengan 20 kiraan. Dakwaan dibuat terhadap mereka sebagai pemilik (bagi Ng) dan pengarah (kedua-duanya) bagi tiga syarikat. Syarikat berkenaan adalah Muhibbah Mok Workshop, Muhibbah Mok Sdn Bhd dan Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd. Muhibbah Mok Workshop terletak di lokasi di mana tumpahan itu berlaku. Muhibbah Mok Sdn Bhd sebagai syarikat pemilik bengkel manakala Ng Kim Bok Realty memiliki tanah berkenaan. Kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Tumpahan minyak di Sungai Selangor itu menyebabkan lebih sejuta penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air. – 17 September, 2013. MENYUSUL LAGI |
Khairy gembira dicabar anak Sanusi Junid Posted: 17 Sep 2013 01:53 AM PDT "Saya gembira bila adanya cabaran itu. Ia adalah pertandingan terbuka, saya mengalukan-alukan," katanya kepada media selepas program Lawatan dan Sesi Dialog Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini. Ini merupakan reaksi pertama beliau selepas pengumuman anak kepada bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah Sanusi Akhramsyah Muammar Ubaidah yang menyatakan akan mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda Umno pada Oktober ini. Akhramsyah merupakan ahli Umno cawangan Bendang Baru di Langkawi, Kedah. Beliau merupakan graduan mekanikal berumur 39 tahun. Hasratnya mencabar Khairy ditulis dalam blog peribadinya 'thoughtsintangents.blogspot.com'. Dalam blognya, Akhramsyah berkata beliau memutuskan untuk menawarkan diri untuk jawatan itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan Pergerakan Pemuda Umno, terutamanya dalam perjuangan melaksanakan agenda Melayu. "Agenda Pemuda Umno pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya dan warga muda Umno khususnya," katanya. Khairy, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga ahli Parlimen Rembau, mengumumkan akan mempertahankan jawatan itu. Pada pemilihan parti 2009, Khairy menang selepas mendapat 304 undi dalam pertandingan tiga penjuru melawan Datuk Mukhriz Mahathir (254 undi) dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo (232 undi). – 17 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan