The Malaysian Insider :: Bahasa |
Perkasa: Haji Hadi, Surendran, jangan bagi kenyataan bodoh Posted: 18 Sep 2013 02:38 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan N. Surendran yang mempertikai program pemerkasaan ekonomi Bumiputera ekoran hal itu selari dengan apa yang digariskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjamin hak kaum majoriti dengan pembahagian ekonomi yang adil bagi mengelak ketegangan kaum. Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali berkata Abdul Hadi berpandangan cetek dan tidak bertanggungjawab atas kutukan terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera demi untuk menjaga hati pengundi mereka. "Haji Hadi dan Surendran jangan buat kenyataan bodoh dan bermain sentimen politik. Saya kecewa pemimpin politik tersebut melihat agenda Bumiputera sebagai satu isu politik dan untuk meraih undi. "Mereka perlu melihat pengumuman Datuk Seri Najib Razak dengan kaca mata yang lebih besar dan merupakan satu agenda nasional kerana kaum Melayu merupakan 60 peratus dari komposisi rakyat Malaysia. MENYUSUL LAGI |
DPMM saran Najib umum insentif kurang bergantung barangan import Posted: 18 Sep 2013 01:37 AM PDT Presidennya, Datuk Syed Ali Al-Attas (gambar), berkata Perdana Menteri harus mengambil kira senario ekonomi semasa di mana kadar tukaran wang asing menyusut 10 peratus sejak enam bulan lalu. "Saya mencadangkan bajet kali ini turut melihat supaya dikurangkan penggantungan terhadap barangan import dan produk dalam negara perlu diperbanyakkan. "Kita juga harus melihat negara masih bergantung kepada industri lapuk yang ditinggalkan oleh banyak negara lain di Asia Tenggara. Dengan industri lama yang masih bertapak dalam negara, menjadikan pekerja asing lebih berminat untuk datang ke Malaysia. "Industri di Malaysia masih mampu menjana keuntungan tetapi apa yang dikesalkan gaji pekerja yang berkhidmat di sektor perkilangan masih rendah dan ada yang dibayar serendah RM400 sebulan," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. - 18 September, 2013. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan