The Malaysian Insider :: Bahasa |
Masa untuk Chin Peng pulang luput hatta abu mayatnya, kata PM Posted: 19 Sep 2013 02:28 AM PDT Oleh itu, beliau tidak dibenarkan pulang sekarang hatta dalam bentuk abu mayatnya untuk ditanam di negara ini. "Saya telah lihat butiran Perjanjian Hatyai 1989 dan mendapati Chin Peng sememangnya diberi peluang untuk kembali ke Malaysia tetapi beliau enggan berbuat demikian. "Masa diberikan telah pun luput. Malah ramai yang masih emosi dengan kekejaman pengganas komunis itu kerana ramai yang telah terkorban dan cedera dalam keganasan komunis," kata Najib dalam sidang medianya hari ini. Ketika ditanya pemberita, adakah perlu diberi penghormatan terakhir kepada pengganas komunis itu, beliau berkata "tidak perlu penghormatan terakhir kepada orang yang tidak bertanggungjawab membunuh ramai pejuang negara". Najib mengulas kenyataan pelbagai pihak yang menuntut agar hasrat Chin Peng untuk disemadikan di tanh tumpah darahnya dibenarkan. Namun Menteri Dalam Negeri serta polis enggan memberikan kebenaran dengan alasan ia akan menyedihkan keluarga mangsa pengganas komunis yang diketuai Chin Peng. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kiriman SMSnya menegaskan tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Beliau juga menafikan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pemimpin politik dan NGO. - 19 September, 2013. |
Projek IC masih diteruskan: Putrajaya nafi dakwaan Anwar Posted: 19 Sep 2013 02:14 AM PDT Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kad pengenalan diberikan kepada mereka yang layak di bawah undang-undang yang ada dan mengikut Perlembagaan Persekutuan. "Untuk berkata ianya adalah program rahsia, ia tidak benar," kata Najib kepada media selepas menyertai seminar undang-undang di Kuala Lumpur petang ini. Anwar ketika membela bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak juga patut dipertanggungjawabkan terutama selepas ia bukannya berlaku di Sabah sahaja. "Dr Mahathir tidak patut dipersalahkan sepenuhnya dalam Projek IC, kedua-dua pengganti dia juga mesti disiasat kerana ia juga berlaku ketika keduanya menjawat jawatan itu," kata Anwar kepada penal lima anggota RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah and Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong. Anwar mendakwa, apa yang berlaku ketika Dr Mahathir juga berlaku kini di bawah Najib. Katanya, pegawai kerajaan di Selayang dan Sepang yang mendaftar pendatang asing juga mengeluarkan kad pengenalan untuk mereka. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan