Sabtu, 21 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Label anak Mahathir bukan jaminan, kata Mukhriz

Posted: 21 Sep 2013 02:24 AM PDT

OLEH MD IZWAN DAN MOHD FARHAN DARWIS
September 21, 2013
Latest Update: September 21, 2013 05:57 pm

Calon Naib Presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan label sebagai anak bekas perdana menteri bukan jaminan kemenangannya dalam pemilihan parti Oktober ini.

Menteri Besar Kedah itu berkata perjalanan karier politiknya dalam Umno bukan mudah dan berhadapan dengan pelbagai rintangan.

"Saya tidak pasti (pengaruh Tun Dr Mahathir), saya tidak boleh kata apa-apa kerana saya tetap anak dia.

"Karier politik saya melalui turun naik. Kalau orang kata saya proksi, sudah pasti jalan saya mudah," kata beliau.

Mengenai peluangnya untuk memenangi jawatan Naib Presiden, Mukhriz mengganggap ia adalah seimbang tetapi optimis mampu membuat kejutan untuk menumbangkan salah seorang penyandang.

"Secara teknikalnya, 50-50.

"Ada enam calon, saya rasa optimis tapi kena juga berkempen dan terangkan kepada perwakilan kenapa saya bertanding," tambah beliau. - 21 September, 2013.

MENYUSUL LAGI.

Kelibat Ku Li tiada dalam pemilihan Umno kali ini

Posted: 21 Sep 2013 01:43 AM PDT

OLEH MD IZWAN
September 21, 2013

Pemimpin Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sah tidak bertanding dalam pemilihan Umno pada Oktober ini bagi mana-mana jawatan termasuk presiden Umno.

Bagaimanapun, beliau tetap bertanding bagi mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Umno Gua Musang yang dipegangnya sejak 37 tahun lalu.

Sumber terdekat kepada Tengku Razaleigh berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira semua pandangan dan keadaan semasa parti tersebut.

"Selepas pihak sekelilingnya membuat penelitian, didapati masih ramai orang Umno masih tidak mahu berubah, sebab itu beliau (Tengku Razaleigh) tidak mahu menawarkan diri untuk bertanding," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber itu memberitahu, Tengku Razaleigh sebenarnya sudah mengisi borang penamaan calon cuma tidak mengarahkan wakilnya untuk menyerahkan borang tersebut.

"Borang pencalonan sudah siap diisi sebelum beliau ke Eropah pada 9 September lalu," katanya.

Tengku Razaleigh sebelum ini masih berahsia sama ada akan bertanding dalam pemilihan Umno kali ini atau tidak.

The Malaysian Insider pada Jun lalu sebaik berakhir pilihan raya umum ke-13 melaporkan Tengku Razaleigh sibuk menemui wakil rakyat kedua-dua pihak daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha menjadikan beliau sebagai perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang" dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN.

Beliau mewakili Gua Musang sejak 1974 dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.

Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 berlangsung serentak di seluruh negara hari ini, menyaksikan buat pertama kalinya kaedah pemilihan baharu yang lebih telus dan demokratik digunakan parti itu.

Proses penamaan bagi semua jawatan termasuk tiga sayap di peringkat pusat akan diadakan di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur manakala peringkat bahagian termasuk tiga sayap di pejabat Badan Perhubungan Umno negeri masing-masing, bermula 8 pagi hingga 5 petang. - 21 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved