Jumaat, 6 September 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


MAS dan AirAsia didenda RM10 juta

Posted: 06 Sep 2013 03:16 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
September 06, 2013
Latest Update: September 06, 2013 06:18 pm

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing didenda RM10 juta berikutan perjanjian singkat yang memberi impak kepada perkhidmatan penerbangan tempatan menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Pengerusinya, Tan Sri Siti Norma Yaakob, berkata kedua-dua syarikat tersebut telah melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Persaingan 2010 dengan berpakat selama lapan bulan.

"Perkongsian pasaran merupakan pelanggaran serius di bawah akta berkenaan. Ia dilihat sebagai mencegah, menghalang atau memesongkan persaingan perkhidmatan pasaran barangan dan perkhidmatan.

"Apabila ada syarikat menyatakan kesediaan untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk mengelak persaingan di mata pelanggan.

"Pemonopolian dibolehkan di Malaysia namun pelakuan tidak bersaing melanggar Akta Persaingan 2010," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norma menjelaskan denda yang dikenakan berdasarkan perolehan di antara 1 Januari 2012 dan 30 April 2012 melibatkan penerbangan Kuala Kumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Sibu.

Beliau menjelaskan penalti kewangan yang dikenakan kurang 10% berbanding pulangan syarikat penerbangan dunia lain di antara Januari dan April 2012.

Katanya, dua syarikat penerbangan itu mempunyai 30 hari bagi memberi maklum balas keputusan MyCC.

"MyCC membuat kesimpulan mereka terlibat dalam pelanggaran Seksyen 4(2)(b), kami akan mengenakan penalti masing-masing RM10 juta kepada MAS dan AirAsia," katanya.

Pada 9 Ogos 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X mengadakan Kerangka Kerjasama Komprehensif bagi meningkatkan kompetensi, memberi perkhidmatan lebih baik dan lebih nilai kepada pihak yang berkepentingan.

Perjanjian itu turut menyaksikan Khazanah Nasional Berhad dan Tune Air Sdn Bhd memasuki perkongsian silang saham di antara dua syarikat.

Tune Air Sdn Bhd memperoleh 20.5% dalam MAS dan Khazanah Nasional Berhad memperoleh 10% pegangan saham AirAsia di bawah perkongsian itu.

Turut dimeterai bahawa MAS menyediakan perkhidmatan penerbangan perdana, sementara AirAsia dan AirAsia X menjadi penerbangan tambang rendah serantau.

Namun, perjanjian pertukaran itu dibatalkan pada Mei 2012 berikutan perbezaan pendapat di antara pihak berkenaan serta aduan yang dikemukakan oleh MyCC bahawa perkongsian itu akan mencipta ruang monopoli destinasi domestik dan kenaikan harga penerbangan.

Menurut MyCC, satu jawatankuasa bagi siasatan anti persaingan dalam dan luar negara telah menerima 40 aduan sejak dikuatkuasakan pada Januari 2012. – 6 September, 2013.

Penduduk luar bandar Selangor akan dapat nafas baru, kata Saifuddin

Posted: 06 Sep 2013 02:48 AM PDT

September 06, 2013
Latest Update: September 06, 2013 05:55 pm

Penduduk kawasan luar bandar di Selangor akan mendapat nafas baru ekoran tindakan kerajaan negeri memberikan tumpuan khas dalam membangunkan mereka.

Tumpuan utama adalah untuk mendekatkan jurang antara mereka dengan penduduk bandar dan pinggir bandar di negeri yang paling maju di negara ini sekarang.

"Selepas dua bulan menjadi tugas saya untuk mempastikan usaha ini mula dilihat dan dirasai oleh rakyat negeri ini," kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar), orang yang ditugaskan khas untuk menjayakan tugas ini oleh kerajaan negeri Selangor.

Saifuddin, Setiausaha Agung PKR, dilantik menjadi Ketua Staff Pejabat Menteri Besar Selangor Julai lalu.

Tugas khas yang diamanahkan kepada beliau oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah melaksanakan pembangunan luar bandar.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, Pakatan Rakyat (PR) kalah di lima kerusi Parlimen di Selangor yang kesemuanya adalah kerusi luar bandar dan tidak dicapai oleh internet secara meluas.

Kawasan itu adalah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Sungai Besar.

Kesemua kerusi ini terletak di utara Selangor yang juga dikenali sebagai Anjung Utara Selangor.

"Buat permulaan, saya akan menumpukan dua kawasan iaitu Hulu Selangor dan Sabak Bernam," kata Saifuddin ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau akan menemui semua ketua-ketua masyarakat di kedua-dua kawasan itu tidak lama lagi bagi membincangkan hal ini.

Dengan imput dari mereka, beliau yakin akan dapat membuat satu pendekatan baru untuk memastikan penduduk luar bandar terbela.

Pelantikan Saifuddin untuk mengendalikan pembangunan luar bandar tidaklah berjalan begitu mudah bagi Saifuddin.

Ini kerana, Exco yang bertanggungjawab kepada portfolio itu adalah dari PAS iaitu Salehin Mukhyi yang turut memegang portfolio agama untuk kerajaan negeri Selangor.

Saifuddin akan duduk dalam Jawatankuasa Induk pembangunan luar bandar yang turut disertai oleh Khalid dan Salehin di samping Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen).

Saifuddin akan menjadi pelaksana kepada dasar-dasar yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa induk ini. Upen pula akan menjadi sekretariat kepada projek ini.

"Saya akan pastikan exco pembangunan luar bandar tidak terketepi dalam pelaksanaan projek ini. Dia adalah bos saya dalam melaksanakan tugas ini selain MB," kata Saifuddin yang pernah bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS sebelum ini.

Saifuddin adalah Pengurus Tabung Tok Kenali yang mengendalikan projek bantuan untuk warga emas sebelum dilantik sebagai Pengarah Strategi PKR oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 2008 lalu.

Dengan bantuan projek yang dikendalikan Saifudin, PAS menang besar di Kelantan dalam pilihan raya 2008 setelah hanya majoriti satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sebelum itu.- 6 September, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved