Ahad, 22 September 2013

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Chin Peng: Kita terlepas peluang membuat perkara betul

Posted: 21 Sep 2013 06:12 PM PDT

September 22, 2013
Latest Update: September 22, 2013 09:29 am

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Selepas pulang kerja semalam penulis sempat minum teh dengan seorang teman yang pernah bersekolah rendah dan menengah berpengetuakan kedua-dua adik kepada bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Beliau tidak faham mengapa kerajaan dan sesetengah pihak bersungguh-sungguh menghalang abu mayat anak kelahiran Sitiawan, Perak itu dibawa pulang ke Malaysia.

Kesimpulan perbualan kami, semua ini merupakan tindakan politik semata-mata. Di Malaysia begitulah, politik mengatasi segala-galanya termasuk kepentingan negara.

Umno berhadapan dengan pemilihan parti Oktober ini. Salah langkah, hilanglah jawatan parti yang akan membawa kepada kehilangan jawatan dalam kerajaan.

Keghairahan pemimpin-pemimpin kita dalam berhadapan dengan pemilihan parti mereka sehingga menyebabkan kenyataan yang dikeluarkan tidak waras dan agak kurang bijak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Nasib baiklah masih ada yang waras.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengatakan kerajaan tidak mempunyai apa-apa peruntukan undang-undang untuk menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat kepada pemimpin komunis itu.

"Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk," katanya di Kuching, Sarawak semalam.

Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan.

Apa yang dikatakan oleh Wan Junaidi itu benar. Bagaimana kerajaan mahu menghalang orang membawa masuk abu mayat ke negara ini?

Selain dari tidak mempunyai peruntukan undang-undang, tidak mungkin jentera kerajaan akan mampu mengesan kemasukan abu mayat untuk dibawa masuk ke dalam negara.

Apa sahaja pandangan kita terhadap Chin Peng, kita tidak boleh nafikan Malaya tidak akan merdeka tanpa perjuangan beliau dan rakan-rakannya.

Penjajah British tidak akan menyerahkan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman tanpa Rundingan Baling bersama Chin Peng dan rakan-rakannya pada 1955.

Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara kalau bukan kerana British takut akan kekuatan pengaruh komunisme di Asia Tenggara.

Perang sememangnya akan memakan korban.

Jepun sewaktu menjajah dahulu bukan sahaja membunuh rakyat tempatan, malahan merogol anak-anak gadis kita selain menghisap kekayaan tanah air.

Hari ini umumnya rakyat Malaysia tidak lagi menganggap Jepun sebagai musuh. Malahan projek kereta nasional Proton tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari negara matahari terbit itu.

Sejarah kemerdekaan negara tidak boleh terus dipolitikkan. Lagipun yang menyebabkan peperangan diantara PKM dan kerajaan Malaysia sehingga perjanjian damai Haatnyai adalah penjajah British sendiri.

Kalau tidak kerana darurat diisytharkan oleh penjajah pada 1948 untuk menghancurkan gerakan pro-kemerdekaan, belum tentu PKM akan mengangkat senjata.

Seperti kata bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor, Malaysia akan jadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan "naif" enggan membenarkan abu mayat  Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.

Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apa yang dikatakan oleh Abdul Rahim itu benar. Ramai masyarakat Cina melihat isu tidak membenarkan kepuangan mayat Chin Peng ini sebagai isu perkauman.

Kata mereka jika bekas pemimpin kanan PKM seperti Rashid Maidin dibenarkan pulang sebelum ini, mengapa tidak Chin Peng? Apakah kerana Chin Peng itu Cina?

Tarikh kematian Chin Peng pada 16 September 2013 sempena ulangtahun Malaysia ke 50 akan menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dilupakan.

Sayangnya, Malaysia terlepas peluang untuk membuat perkara betul. – 22 September, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Chin Peng: KIta terlepas peluang membuat perkara betul

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved