Ahad, 13 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khalid bidas Anwar, bukan senang kumpul lebihan dana kerajaan negeri

Posted: 13 Oct 2013 02:16 AM PDT

October 13, 2013

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.
   
Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.
   
Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini hari ini.
   
Beliau berkata kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam tadi yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.
   
"Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri," katanya. – Bernama, 13 Oktober, 2013.

Lebih 50% ketua sayap bahagian Umno Perak muka baharu

Posted: 13 Oct 2013 02:07 AM PDT

October 13, 2013
Latest Update: October 13, 2013 05:16 pm

Lebih 50% daripada pemimpin sayap Umno di Perak yang menang pada pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri semalam terdiri daripada muka baharu.
   
Setiausaha Perhubungan Umno negeri Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata sebanyak 17 ketua Pemuda adalah muka baharu, 13 ketua Wanita dan 16 ketua Puteri.
   
Mohd Khusairi berkata tujuh ketua Pemuda iaitu di Ipoh Barat, Parit, Lenggong, Bagan Serai, Ipoh Timur, Lumut dan Tanjung Malim mempertahankan jawatan masing-masing.
   
Bagi Wanita pula, 11 ketua mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini iaitu di Gerik, Padang Rengas, Tambun, Ipoh Timur, Beruas, Tapah, Lumut, Tanjung Malim, Taiping, Parit dan Sungai Siput, katanya.
   
Beliau berkata pergerakan Puteri menyaksikan lapan ketua Puteri bahagian iaitu Gerik, Ipoh Barat, Batu Gajah, Tapah, Teluk Intan, Bukit Gantang, Sungai Siput dan Kuala Kangsar dipilih semula.
      
"Dalam pemilihan Umno, keputusan yang dibuat oleh perwakilan kadang-kadang tidak dijangka ia bergantung kepada prestasi calon dan hubungan dengan  kepimpinan bahagian," kata Mohd Khusairi kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata keputusan perwakilan itu turut mencerminkan hasrat mereka untuk melihat transformasi dalam Umno yang selari dengan kehendak pucuk pimpinan parti.
   
Proses pemilihan dan pengiraan undi di semua bahagian di negeri ini berjalan lancar dan keputusan pemilihan diterima baik oleh perwakilan, katanya. – Bernama, 13 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved