Rabu, 23 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


UPP rampas ayam dipercayai disembelih tidak ikut syarak

Posted: 23 Oct 2013 02:44 AM PDT

October 23, 2013

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas 146 kotak berlogo halal yang mengandungi ayam yang dipercayai tidak disembelih mengikut syarak dalam sebuah lori di Kilomdeter 24, Jalan Ulu Pauh-Padang Besar dekat sini semalam.

Komander UPP Chuping, ASP Syed Basri Syed Ali berkata rampasan dilakukan pada pukul 10.30 pagi di sekatan jalan raya ketika lori itu sedang menghala ke arah Padang Besar.

Beliau berkata siasatan awal mendapati terdapat keraguan pada ayam yang disembelih itu berdasarkan kesan sembelihannya, sedangkan pada kotak yang berisi ayam-ayam itu tertera logo halal.

Selain ayam, UPP turut merampas 253 kotak yang berisi hati ayam dan 40 guni plastik yang mengandungi daging itik.

Syed Basri dua lelaki tempatan berumur 30 dan 29 tahun iaitu pemandu dan kalendannya ditahan dan dibawa ke Kem UPP Chuping untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, UPP telah menjemput seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk meneliti ayam-ayam berkenaan yang mengesahkan bahawa kesemua 876 ayam di dalam kotak itu tidak disembelih mengikut kaedah Islam.

Syed Basri berkata kes itu telah dirujuk kepada Kementerian Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM100,000 atau keduanya sekali kepada individu manakala bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 bagi kesalahan berikutnya. – Bernama, 23 Oktober, 2013.

Tutup hospital dan klinik yang gagal patuhi piawaian, kata Dr Subramaniam

Posted: 23 Oct 2013 02:37 AM PDT

October 23, 2013

Hospital atau klinik swasta yang tidak mematuhi piawaian di bawah Akta Hospital Persendirian 1971 akan ditutup, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam (gambar).

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan akan memberi masa kepada hospital atau klinik untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti dalam tempoh ditetapkan sebelum arahan tutup dikeluarkan.

"Lepas diberi masa yang mencukupi, kalau mereka (hospital atau klinik) masih tidak boleh memperbaiki (kekurangan dan kelemahan),  kita tidak ada pilihan, kita akan tutup.

"Bagi (hospital dan klinik swasta) baharu, sekiranya tidak memenuhi syarat ditetapkan, lesen tidak akan dikeluarkan untuk ia beroperasi...kami perlu pastikan ia memenuhi semua syarat dan ketetapan," katanya dalam sidang media sempena rakaman perutusan Deepavali di kediamannya di sini hari ini oleh semua stesen penyiaran utama di negara ini. Deepavali akan disambut 2 November ini.

Tanpa mendedahkan bilangan hospital dan klinik swasta yang telah dihentikan operasi untuk sementara waktu setakat ini, beliau berkata kementerian terpaksa mengambil tindakan tegas itu demi kepentingan pesakit.

"Kita (kementerian) tidak sewenang-wenangnya menutup sesuatu fasiliti yang tersedia ada. Kita (kementerian) akan bantu mereka dalam proses mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan," katanya.

Mengulas lanjut, katanya sebuah hospital bersalin di Negeri Sembilan yang dilaporkan melanggar akta itu  diberi tempoh dua minggu untuk memperbaiki keadaan, atau berdepan kemungkinan operasi dihentikan.

Katanya, hospital terbabit itu didapati, antaranya mengeluarkan ubat-ubatan tamat tempoh selain tidak mempunyai pakar bius dan doktor pakar mencukupi.

"Pada masa sekarang, hospital itu (tidak dibenarkan) menjalankan perkhidmatan pembedahan, bersalin tetapi kes pesakit luar boleh diteruskan," katanya.

Sementara itu,  katanya kerajaan sedang menyediakan rangka tindakan bagi menangani masalah kesihatan membabitkan warga emas yang jumlahnya terus meningkat, iaitu dijangka 15% daripada jumlah penduduk Malaysia berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030. – Bernama, 23 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved