The Malaysian Insider :: Bahasa |
Subsidi gula dimansuhkan, berkuatkuasa esok Posted: 25 Oct 2013 02:57 AM PDT Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong. "Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya. – Bernama, 25 Oktober, 2013. |
Dana pinjaman RM200 juta bagi bangunkan semula Tanah Rezab Melayu di ibu negara Posted: 25 Oct 2013 02:44 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan yang terlibat seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. "Kemudahan ini akan membantu masyarakat Melayu setempat meningkatkan taraf hidup seiring dengan pembangunan pesat di kawasan persekitaran," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama, 25 Oktober, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan