Ahad, 27 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khalid Ibrahim nafi Azmin Ali ambil alih jawatan MB Selangor

Posted: 27 Oct 2013 02:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menafikan khabar angin bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengambil alih jawatannya kelak. Katanya tidak timbul isu sedemikan dan sekiranya berlaku ia merupakan perkara biasa dalam politik. "Tidak mengapa, ia perkara biasa dan berlaku negara lain juga seperti di Australia mereka juga...
    


Jangan ragui kejujuran kerajaan pertahan, jaga keselamatan rakyat Sabah, kata KP Esscom

Posted: 27 Oct 2013 01:27 AM PDT

October 27, 2013

Rakyat Sabah diminta supaya tidak meragui kejujuran dan kesungguhan kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mempertahan, menjaga kedaulatan dan keselamatan rakyat di negeri ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, dekat sini, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara penting bagi faedah dan kepentingan rakyat negeri ini.

Katanya ini termasuk penubuhan Zon Selamat Malaysia Timur (Esszone) dan Esscom yang merupakan ejen penguatkuasaan keselamatan di kawasan Esszone yang meliputi 10 daerah khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Mohammad berkata Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM75 juta bagi memantapkan lagi operasi Esscom dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Jumaat lepas.

"Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan dan komitmen terhadap keselamatan rakyat Sabah, dan ini menunjukkan kerajaan memang serius dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara melalui penyediaan peruntukan yang begitu besar sekali.

"Dengan adanya peruntukan ini, kita dapat mempertingkatkan lagi aktiviti dan pengoperasian Esscom, termasuk kawalan di kawasan sempadan dan perairan negara kita sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM di Dewan Tun Mustapha, dekat sini hari ini.

Mohammad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pihak, sebelum ini, yang membangkitkan isu kelewatan kerajaan Persekutuan melaksanakan Esscom dan Esszone.

Beliau berkata peruntukan itu juga bakal meningkatkan kemampuan aset sedia ada, khususnya di pos-pos kawalan yang terletak di pulau-pulau sekitar kawasan Esszone.

"Kita melihat masih ada ruang untuk menambah baik aset sedia ada terutama kemudahan bot. Dengan adanya kemudahan bot, anggota keselamatan kita mampu memperluaskan kawalan bukan sahaja di atas pulau (darat) tetapi juga di perairan sekitar pulau itu sendiri.

"Pemerolehan bot yang sesuai juga penting bagi meningkatkan kemampuan memintas. Tidak ada gunanya anggota keselamatan kita melihat bot atau kapal di luar sana (lautan) tetapi tidak (ada) kemudahan (bot) untuk memintas mereka," katanya.

Mohammad berkata walaupun masih menghadapi kekangan daripada segi jumlah  petugas Esscom, namun ia berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menjurus kepada memperkasa barisan pertahanan dan keselamatan negara, terutama di kawasan Esszone.

"Setakat ini, belum ada lagi insiden pencerobohan terbaru atau apa yang diuar-uarkan sebagai gelombang kedua pencerobohan. InsyaAllah, kita berdoa, peristiwa Tanduo tidak akan berlaku lagi," katanya.

Beliau berkata Esscom telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan kira-kira 510 jawatan pelbagai peringkat di kawasan zon keselamatan itu.

Bagaimanapun,  Mohammad berkata jumlah itu 'tidak termasuk anggota keselamatan yang akan ditempatkan di lima batalion yang bakal diwujudkan di kawasan Esszone'.

Katanya Esscom kini hanya mempunyai 48 jawatan pelbagai peringkat termasuk ketua pengarah yang diluluskan oleh JPA.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohammad berkata penganugerahan PJM kepada bekas anggota tentera merupakan tanda penghargaan kerajaan kepada sumbangan dan pengorbanan mereka dalam mempertahan keselamatan dan kedaulatan, sekali gus memelihara suasana aman damai dan harmoni di negara ini. – Bernama, 27 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved