The Malaysian Insider :: Bahasa |
Shabery sanggah kenyataan KJ berkenaan bayaran RM1.6 juta konsert K-pop Posted: 03 Oct 2013 02:32 AM PDT Menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan itu, kementerian menerima RM20 juta daripada penaja korporat dalam dan luar negera untuk sambutan itu. Beliau berkata, wang tajaan berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara oleh para penaja di mana ia tidak diambil kira oleh pihak Jabatan Audit Negara. "Juruaudit hanya melihat jumlah yang keluar daripada akaun kementerian," katanya dalam satu kenyataan di Facebook sambil mendakwa jabatan itu bersikap 'culas'. "Ia bukan wang pembayar cukai yang disia-siakan seperti dakwaan pihak pembangkang yang merujuk kepada ringkasan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara ." Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan Selasa lalu mendedahkan sebanyak RM1.6 juta dibelanjakan untuk membawa masuk tiga kumpulan pop dari Korea Selatan untuk mengadakan persembahan di konsert itu datangnya daripada duit kerajaan. Semalam, Khairy mengakui kementerian itu terpaksa membayar untuk konsert K-pop yang diadakan sepanjang sambutan Hari Belia Sedunia tahun lalu selepas para penaja menarik diri.
Beliau berkata selepas pelan penajaan itu gagal, pihak kementerian terpaksa mengambil alih. Khairy juga mendedahkan bahawa kementerian telah membatalkan konsert K-pop bagi sambutan Hari Belia 2013. – 3 Oktober, 2013. |
Arah kiblat umat Islam mungkin berubah Posted: 03 Oct 2013 12:58 AM PDT Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi pada 29 Oktober baru-baru ini. "Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari," katanya. Menurut saintis berkenaan, hasil kajian itu diperolehi selepas satu ujikaji dijalankan di dalam sebuah makmal yang dirahsiakan tersebut. "Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya. Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan ibadat. Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius. Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera bumi. TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi. Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi. Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. - 3 Oktober, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan