Ahad, 6 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tumpu Sungai Limau walaupun hadapi pemilihan, pinta Hishammuddin kepada Umno

Posted: 06 Oct 2013 02:48 AM PDT

October 06, 2013

Umno perlu mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun parti berdepan dengan pemilihan ketika ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata ini kerana pertandingan dalam Umno umpama pertandingan dalam keluarga, tetapi di Sungai Limau melibatkan saingan politik sebenar yang perlu dihadapi dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi.

"Ibu Pejabat Umno, Badan Perhubungan Umno Kedah serta sayap-sayap parti walaupun sibuk dengan pemilihan parti, jangan lupa dengan tanggungjawab yang lebih besar iaitu memastikan calon kita menang pada pilihan raya kecil Sungai Limau," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama bahagian-bahagian Umno di Perak di sini hari ini.

Beliau berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) di PRK Sungai Limau amat penting demi memantapkan lagi kedudukan BN di Kedah setelah berjaya merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Menambah satu lagi kerusi di Kedah bermakna kita berjaya mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kemampuan BN untuk mentadbir dan memimpin negeri itu," katanya.

Hishammuddin berkata pada perjumpaan hari ini bahawa beliau telah meminta Umno Perak supaya memberi bantuan serta sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir serta jenteranya demi memastikan kemenangan BN di Sungai Limau.

Katanya, sumbangan dan sokongan daripada Umno Perak terutamanya dari segi logistik amat penting kerana mereka merupakan negeri terdekat dengan Kedah.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga bekas menteri besar Kedah, pada 26 September lepas.

Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada PRU13, 5 Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi. - Bernama, 6 Oktober, 2013.

Selepas gagal di panggung, Tanda Putera masuk Felda secara percuma

Posted: 06 Oct 2013 02:40 AM PDT

OLEH EILEEN NG
October 06, 2013

Selepas gagal mendapat sambutan di panggung wayang, filem kontroversi Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma di semua 317 tanah rancangan Felda, lapor akhbar Inggeris, The New Straits Times hari ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yang sedang berkempen untuk jawatan Naib Presiden Umno berkata, ia sebahagian dari projek panggung wayang terbuka Felda.

"Masyarakat Felda patut pergi menonton filem yang juga menyentuh pembangunan Felda yang dimulakan oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein sendiri.

"Kita yakin mereka akan mengambil kesempatan untuk menonton sendiri filem ini dan mendapat maklumat sebenar sebelum membuat sebarang andaian mengenai jalan ceritanya," katanya sebagaimana yang dipetik akhbar itu ketika berucap di majlis pelancarannya di Padang Awam Felda Palong 12 di Jempol, Negeri Sembilan, Jumaat lepas.

Isa juga berkata, pihaknya juga sedia menayangkan filem itu di kampung-kampung tradisi jika ada permintaan ke atasnya.

"Filem ini bagus, cerita sejarah yang sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja. Kita tidak ada masalah untuk menayangkannya di mana-mana saja," tambahnya.

Filem yang menelan belanja RM4.8 juta yang dibuat berasaskan peristiwa perbalahan kaum 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur itu mendapat bantahan dari DAP dan MCA yang mendakwa beberapa dialog dan gambaran dalam filem itu boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Kedua-dua parti itu mengkritik penayangan filem ini yang antaranya menunjukkan Cina yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi 13 Mei itu.

Tanda Putera mengalami kerugian yang teruk apabila gagal mendapat sambutan di pawagam. Gambar The Malaysian Insider, 6 Oktober 2013.Tanda Putera mengalami kerugian yang teruk apabila gagal mendapat sambutan di pawagam. Gambar The Malaysian Insider, 6 Oktober 2013.Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang antara yang tidak berpuashati dengannya kerana menunjukkan sekumpulan remaja Cina kencing di tiang bendera yang terletak di perkarangan rumah bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ia seolah-olah menggambarkan Lim sebagai salah seorang dari remaja itu.

Dalam satu posting menerusi laman Facebook Tanda Putera, pentadbir laman meminta maaf kepada Lim kerana mendakwa beliau terlibat dalam kejadian itu.

Filem ini mula ditayangkan di panggung wayang pada 29 Ogos tetapi gagal mendapat sambutan.

Pengarah filem ini, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, beliau sudah menjangka filem ini tidak akan mendapat sambutan baik kerana ia cerita sejarah yang sukar mendapat minat dari peminat wayang gambar, yang biasanya suka menonton cerita seram atau komedi. - 6 Oktober, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved