Jumaat, 4 Oktober 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Ke arah melahirkan penulis drama, teater

Posted: 03 Oct 2013 05:10 PM PDT

October 04, 2013

Dinsman atau nama sebenarnya Che Samsudin Othman adalah budayawan, penulis dan sastrawan. Beliau menulis untuk kepuasan dan kebebasan berkarya.

Apabila sekumpulan pelajar universiti memilih untuk mengikuti kursus penulisan skrip drama/teater, kebanyakan mereka tidak berfikir yang mereka akan menjalani latihan untuk menjadi penulis kreatif.

Mereka fikir mereka akan belajar mengenai cara atau teknik bagaimana hendak menulis skrip, iaitu sebagai menambah sedikit pengetahuan mengenai drama. Bukan untuk membolehkan mereka benar-benar akan menulis skrip drama/teater.

Ada perbezaan antara belajar bagaimana hendak menulis, dengan belajar untuk menjadi penulis. Belajar bagaimana hendak menulis tidak semestinya berakhir dengan menulis atau menghasilkan karya atau menjadi penulis. Ia sekadar menambah pengetahuan mengenai penulisan sahaja, iaitu tahulah dia nanti apa itu yang dikatakan skrip drama dan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai drama dan penulis-penulis drama, dan apakah teknik serta teori yang terdapat dalam penulisan skrip drama/teater.

Antara dua hal yang berbeza itu tidaklah hendak saya katakan bahawa yang satu itu lebih baik daripada yang lainnya. Terpulanglah kepada keperluan kita. Dan sememangnya kedua-duanya pun perlu. Namun antara dua itu saya lebih suka memilih keperluan kepada lahirnya beberapa orang penulis drama/teater yang baru.

Adapun yang sebenarnya lebih kita perlukan dalam teater di negara ini adalah yang lain lagi daripada itu. Maksud saya, kita lebih memerlukan aktivis seni budaya yang berminat menganjurkan pementasan teater dengan lebih banyak di negara ini.

Memang kita kekurangan penulis skrip drama pentas (teater). Tetapi kita lebih-lebih lagi kekurangan aktivis seni budaya yang mahu menganjurkan pementasan teater, dalam keadaan wujudnya pelbagai halangan ke arah itu, khasnya halangan dalam bentuk tiadanya peruntukan kewangan bagi mengadakan pementasan teater.

Skrip drama pentas (teater) ditulis untuk dipentaskan. Ia tidak ditulis untuk dibaca, kerana bentuknya memang tidak menarik untuk dibaca, melainkan dibaca dengan tujuan untuk dipentaskan atau untuk tujuan tertentu yang lain, seperti membuat kajian dan sebagainya.

Kalau semata-mata membaca sahaja, skrip drama memang tidak menarik orang untuk membaca. Jadi ia ditulis bukan untuk diterbitkan sebagai buku untuk dibaca, tetapi untuk dipentaskan kepada khalayak penonton.

Untuk itu ia memerlukan kepada aktivis teater atau aktivis seni budaya, bagi menggerakkan usaha ke arah mementaskannya. Aktivis itu biasanya berada dalam kumpulan teater. Tetapi di Malaysia hari ini kumpulan teater pun semacam sudah pupus. Tidak seperti pada tahun 1970-an dan awal 1980-an dulu terdapat banyak kumpulan teater yang aktif. Sekarang keadaannya seperti tidak ada. Kalau ada pun hanya di universiti.

Jadinya kita tak boleh lagi mengharapkan kepada kumpulan teater untuk menggerakkan pementasan. Kita memerlukan kepada aktivis seni budaya. Siapakah pula aktivis seni budaya ini? Di manakah mereka ini berada (selain daripada yang bertugas sebagai pegawai kebudayaan di universiti itu)?

Kita akan bincangkan perkara perlunya aktivis seni budaya ini dalam kesempatan yang lain. Di sini kita kembali kepada soal belajar bagaimana hendak menulis dan belajar untuk menjadi penulis tadi. Dan saya lebih suka kepada perkara untuk menjadi penulis itu. Ada beberapa pemikiran mengenainya.

Pertama, kalau kita perhatikan pada penulis teater yang kita ada, kebanyakan mereka tidaklah lahir melalui belajar. Mereka tidak belajar secara formal bagaimana hendak menulis skrip teater sebelum mereka menulis karya teater mereka yang pertama. Mereka menulisnya dengan tidak perlu belajar terlebih dahulu. Mereka menulis kerana didesak sesuatu supaya menulis. Dan desakan itu saya percaya adalah desakan dari dalam diri mereka sendiri. Ada faktor yang menjadi pendesaknya.

Faktor pendesak dari dalam diri itu penting. Setiap orang yang menulis karya kreatif mesti ada faktor yang mendesaknya untuk menulis. Kalau tidak dia tak akan menulis. Seseorang itu menulis kerana dia hendak menyatakan sesuatu, atau hendak berkomunikasi dengan pihak tertentu. Atau mungkin sebagai usahanya hendak mengubah sesuatu, mungkin mengubah keadaan dirinya, atau keadaan masyarakatnya, atau mungkin mengubah sesuatu di dunia.

Maka saya katakan kepada kumpulan pelajar itu – saya tidak akan mengajar bagaimana cara atau teknik untuk menulis. Saya tidak akan syarahkan teori mengenai penulisan. Saya hanya akan membantu mereka menjadikan tulisan mereka lebih baik. Maknanya mereka sendiri mesti menulis. Mereka mesti ada dorongan dari dalam diri mereka supaya mereka menulis. Dan mereka mestilah tahu apa yang mereka hendak tulis.

Sama pentingnya dengan dorongan atau faktor pendesak dari dalam diri itu ialah tahu apa bendanya yang hendak ditulis. Kalau tak tahu apa-apa benda atau perkara yang hendak ditulis, maka apakah yang hendak dituliskan? Kosong. Kekosongan atau tempat yang kosong itu mesti diisi terlebih dahulu. Dalam diri seseorang itu mesti ada isinya yang hendak dikeluarkan.

Cara atau teknik bagaimana hendak menulis itu, di peringkat mulanya tidaklah begitu penting. Ia datang kemudian. Ia datang setelah ada dorongan untuk menulis dan sudah ada isi yang hendak dikeluarkan atau dituang ke dalam penulisan. Ia hadir sebagai faktor pelengkap sahaja.

Ramai pelajar dan pensyarah menganggap faktor pengetahuan teknik bagaimana hendak menulis karya yang baik itu sebagai faktor paling penting. Alasan mereka kalau tidak tahu bagaimana yang dikatakan drama/teater yang bermutu, maka bagaimanakah seseorang hendak menghasilkannya? Mestilah tahu dulu apakah ciri-ciri yang dikatakan drama/teater yang baik itu barulah boleh menciptanya satu.

Saya katakan itu fahaman/tanggapan yang salah. Seperti disebut di atas tadi, penulis-penulis teater kita kebanyakannya tidak lahir melalui belajar. Mereka tidak belajar pun bagaimana teknik menulis skrip yang baik sebelum mereka menulis karya pertama mereka. Mereka menulis kerana ada desakan dalaman ke arah itu dan kerana ada sesuatu yang hendak mereka nyatakan kepada khalayak/masyarakat.

Desakan dalaman untuk menulis itu – barangkali itulah yang dikatakan bakat. Tidak semua orang ada bakat itu. Dan tidak ramai orang yang ada bakat itu. Bagi mereka yang ada, kalau mereka tidak mahu berusaha memupuk dan rajin melakukan apa-apa yang diperlukan untuk menjadi penulis yang berjaya, bakat yang mereka miliki itupun tak akan berkembang dan mereka pun tidak mungkin boleh menghasilkan karya.

Usaha dan kerajinan itu penting. Ia sebahagian daripada disiplin untuk menjadi penulis. (Siapa kata penulis tidak ada disiplin?). Faktor ini pun akan kita bincang dalam kesempatan yang lain.

Jadi – bakat memang perlu. Itu paling asas. Tetapi kita tidak perlu risaukan faktor bakat ini kerana mereka yang tidak berbakat tentu tidak akan berminat menghampiri program seperti kursus penulisan ini. Mereka yang hadir itu tentulah mereka yang berminat dan mereka yang berminat itu tentulah mereka yang berbakat. Dan kalaulah berlaku di kalangan yang berminat dan hadir itu ada juga yang tidak menyedari ketiadaan bakat di dalam dirinya, tidak mengapa, nanti dia akan menyedarinya apabila proses latihan kursus ini mulai berjalan.

Langkah pertama, saya fikir, seseorang yang hendak menulis itu mestimempunyai sesuatu (dalam dirinya) yang hendak dituliskan. Iaitu, tahu apa yang hendak ditulis – itu paling penting. Bukan tahu bagaimana hendak menuliskan karya yang baik tetapi tidak ada sesuatu yang hendak dituliskan. Bayangkan anda mempunyai kepakaran dalam teori dan teknik penulisan sebuah karya yang baik, tetapi anda tidak mempunyai apa-apa yang hendak dituangkan ke dalam teori dan teknik penulisan itu – apa yang akan terjadi? Cubalah! – 4 Oktober, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Don’t doubt the “lost at sea” explanation

Posted: 03 Oct 2013 03:45 PM PDT

October 04, 2013

Zan Azlee is a documentary filmmaker, journalist, writer, New Media practitioner and lecturer. He runs Fat Bidin Media www.fatbidin.com

As many would know, aside from writing my articles, I am also a broadcast journalist and documentary filmmaker.

Hence, a lot of my time is spent on film and television production shoots. I shoot alone as a solo-journalist and also with a crew whenever the treatment calls for it.

I have been in many different and sometimes unnatural and even dangerous situations when I am on my production shoots.

I have been in quiet and serene environments such as in the jungle, small villages and air-conditioned studios where everything is nice and comfortable.

I have been in war and conflict areas whereby I have had to wear protective gear such as helmets and bullet-proof vests. I have even had to learn to shoot a gun (which I hated).

I have been in huge protests, riots and demonstrations where people around me have been shot at, gassed, bludgeoned and even pelted with concrete slabs.

I have had experiences shooting on flat ground, on hilltops and mountains, on skyscrapers, underground, and even in the sky.

But I have to admit, there was one situation in which I have to say was the most dangerous of all, and that was when I had to shoot on a boat at sea.

A crew consisting of two cameramen, a host, and myself, found ourselves shooting on a small fishing boat off the coast of Kuala Kedah.

We had the usual equipment necessary for a shoot with us; cameras, batteries, microphones, lighting and tripods.

The crew was also an experienced one with a total cumulative experience of more than two decades worth of shooting in all kinds of situations.

However, shooting at sea was outright scary due to the fact that our expensive equipment could, at anytime, drop into the water and sink to oblivion.

We took the necessary precautions of always keeping and eye and a hold on our equipment so to avoid that risk.

Unfortunately, a sudden wave took the fishermen controlling the boat by surprise and the intense wobbling caused one of our tripods to tip over the side.

I screamed in shock while one of the cameramen tried his best to lunge over and grab the tripod before it sank into the abyss. He was too slow.

And so it was that our day ended gloomily as we had lost an extremely expensive tripod of which we were responsible for.

But, the incident taught me a very valuable lesson. And that is, you cannot deny the fact that the sea is a very powerful entity indeed.

It can swallow up all kinds of things, from broadcast equipment right up to police weapons and firearms. Do not, and I repeat, do not doubt that one single bit!

The incident of the lost tripod on the boat off the coast of Kuala Kedah is a true story. The writer is even willing to "sumpah laknat" (swear on a Quran) if requested. – October 4, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved