Jumaat, 22 November 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Saman fitnah Wan Ahmad berhubung Projek IC diputuskan 30 Disember ini

Posted: 22 Nov 2013 03:15 AM PST

November 22, 2013

Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Disember depan untuk memutuskan kes saman fitnah Timbalan Pengerusi Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan tiga lagi berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu selepas peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan, memaklumkan semua saksi kes berkenaan iaitu empat bagi pihak plaintif dan seorang bagi pihak defendan, selesai memberi keterangan.

Terdahulu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu, memaklumkan mahkamah bahawa beliau bersetuju tiada bukti lain yang menunjukkan Wan Ahmad terlibat dalam Projek IC di Sabah.

Bagaimanapun, katanya, atas dasar jawatan yang disandang plaintif ketika itu, iaitu sebagai setiausaha SPR, Wan Ahmad secara tidak langsung terlibat dalam projek berkenaan.

"Saya hanya tahu mengenai penglibatan Wan Ahmad dalam Projek IC atas kapasitinya sebagai setiausaha SPR tetapi tiada rangka masa sehingga bila Wan Ahmad menyandang jawatan itu," katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Azmir Wan Majid, yang mewakili plaintif.

Bagaimanapun, Mat Sabu tidak bersetuju kenyataan dalam dua artikel yang didakwa memfitnah Wan Ahmad dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan plaintif.

Kepada soalan lain, Mat Sabu berkata beliau tidak dapat memastikan sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ada membuat pendedahan berkaitan penglibatan Wan Ahmad dalam Projek IC kerana tidak pernah melihat atau membaca laporan suruhanjaya itu.

Sementara itu, penyataan saksi beliau menafikan kata-kata yang diterbitkan dalam akhbar Harakah adalah satu fitnah terhadap Wan Ahmad

"Kata-Kata itu melibatkan isu kepentingan awam, termasuk isu salah urus tadbir SPR dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini secara adil, bersih dan telus, dan juga penglibatan SPR dalam mengendalikan pilihan raya di Sabah yang melibatkan pengundi-pengundi yang diragui status kewarganegaraan mereka," katanya.

Pada 5 Mac lepas, Wan Ahmad memfailkan saman mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk "Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai" dan "Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan" dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah pada 29 Januari lepas.

Selain Mat Sabu, Wan Ahmad turut menamakan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda sebagai defendan.

Penyataan tuntutan Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam Projek IC di Sabah seperti didedahkan RCI. – Bernama, 22 November, 2013.

Kemelut PAS-DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman, kata Hadi

Posted: 22 Nov 2013 02:23 AM PST

November 22, 2013

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata kemelut PAS dengan DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata kemelut PAS dengan DAP di Pulau Pinang akan diselesaikan secara dalaman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 November, 2013.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kemelut dalaman antara parti itu dengan rakan sekutunya DAP akan diselesaikan secara dalaman tidak lama lagi.

"Kita akan selesaikannya secara dalaman dan bukan melalui media. Kita belum lagi menemui mereka (DAP) di sana (Pulau Pinang). InsyaAllah ia akan diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemelut hubungan kedua-dua parti itu selepas media melaporkan PAS umpama boneka oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sejak pilihan raya umum 2008.

Selasa lepas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Fauzi Yusof dilapor meminta kerajaan DAP berhenti campur tangan dalam hal ehwal dan pengurusan agama Islam selain menuntut lantikan lebih ramai pemimpin PAS sebagai anggota majlis negeri.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata walaupun parti itu hanya memperoleh satu kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, namun kerajaan Pulau Pinang tetap memberikan wakil parti itu peranan yang besar.

"Saya sangat menghargai rakan-rakan Pulau Pinang kerana memberi tempat kepada PAS walaupun kita hanya menang satu kerusi sahaja.

"Peranan yang diberikan cukup besar, cuma terpulang untuk mengisi peranan itu. Sudah tentu ada masalah yang belum selesai," katanya.

Beliau berkata meskipun ada beberapa perkara yang tidak sempurna dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik), tetapi ia memberi manfaat kepada parti itu.

Menjawab soalan tentang adanya anggota PAS yang tidak memahami konsep tahaluf siyasi, anggota Parlimen Marang itu berkata: "Sudah tentu ada perkara yang kita laksanakan tetapi tidak dijalankan sekali gus termasuk tahaluf siyasi".

"Kita cuma memerintah tiga negeri dan bukan satu negara. Terlalu banyak perkara dan agenda perlu dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju mengenai kesediaan Mahkamah Syariah Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

"PAS Pusat menyokong segala usaha kerajaan Kelantan untuk melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya walaupun mereka menghadapi masalah dan kekangan berbentuk campur tangan oleh kerajaan pusat," katanya.

Muktamar PAS ke-59 bertemakan "Rahmat Untuk Semua" diadakan selama tiga hari bermula hari ini dan dihadiri kira-kira 1,300 perwakilan dari seluruh negara. – Bernama, 22 November, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved