The Malaysian Insider :: Bahasa |
Kenaikan nilai hartanah 10% dalam lima tahun bagi pastikan kadar berpatutan, kata Abdul Khalid Posted: 23 Nov 2013 01:36 AM PST [unable to retrieve full-text content]Pakatan Rakyat mencadangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji peningkatan kadar hartanah sebanyak 10% bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang melihat kadar itu berpatutan kepada setiap orang. Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau bersama beberapa ahli... |
Muslimat gesa Majlis Syura ulama kaji salah guna media sosial untuk “serangan peribadi” Posted: 23 Nov 2013 01:28 AM PST Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat Dr Asiah Ali berkata penyalahgunaan media sosial yang tidak terkawal sehingga mencapai tahap memburukkan satu sama lain boleh mendatangkan kemudaratan pada masa depan jika tidak dibendung. "Semasa pemilihan kelmarin, salah guna Facebook, Twitter dan Whatsapp oleh anggota kita telah menyebabkan berlaku situasi yang memburukkan satu sama lain," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-59 hari ini. Beliau berkata gesaan itu bertujuan menjauhkan suasana kempen tidak sihat supaya tidak terus menjadi "budaya" PAS kelak. Sebaliknya, Dr Asiah berkata jawatan yang diberi menerusi pemilihan itu harus dilaksanakan secara amanah dan buka disandang untuk popular. Sementara itu, perwakilan PAS Sarawak meluahkan rasa terkilan dan kecil hati terhadap pimpinan parti yang bersikap tidak bersungguh-sungguh membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-13. "Pimpinan PAS menyatakan di Sarawak bolehlah buat apa yang termampu, seolah-olah PAS Sarawak dan Sabah tidak berupaya," kata Mohd Arifi Riazul Paijol. Beliau berkata pada pilihan raya umum lepas, PAS Kelantan, Perak dan Selangor yang memberikan bantuan sehingga membolehkan mereka memenangi empat kerusi Parlimen daripada lima yang ditandingi. – Bernama, 23 November, 2013. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan