Rabu, 20 November 2013

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


A star is born

Posted: 19 Nov 2013 04:16 PM PST

November 20, 2013

Cass Shan started off as a copywriter tasked with understanding buying behaviour. She now immerses herself in understanding buy-in behaviour.

Samantha Tan has been making the news since her successful attempt to raise funds for her education at the prestigious and renowned Actors Studio Drama School in Pace University, New York. She recently completed her training and fulfilled her dreams of learning a craft she's passionate about from some of the world's best.

Looking back at how a young Malaysian cleared obstacles through her path with steely ambition to inspire people from everywhere, especially aspiring Malaysian artistes, one wonders what she's made of.

To know who she is, one must acknowledge the controversy her blog generated. It was a spark of genius by her partner to aid her fund-raising cause when she was accepted into The Actor's Studio – a feat no other Malaysian has achieved.

While it started out as a shot in the dark by the pair, it quickly rose into a passionate debate over why strangers should contribute to the cause.

I have seen her sterling debut performance in the locally produced film "5:13", directed by her equally able partner, in which she played a starring role. I came away impressed both with the eerie finesse demonstrated by the film-makers in tackling such a heavy subject through artistic interpretation.

But what caught my attention was Samantha Tan, who doubles as a model, and her choice of character and powerful performance. Despite possessing good looks – and being paid for them – she chose an unconventional role as a special-needs person on medication, throwing away the option of playing it safe as a starlet in her debut role, to take on a challenging role, minus the make-up. Bare-faced and without the veil of heavy make-up, the emotions she played shone through and revealed her strength as an actress.

Hence, her choice of seeking training baffled me at first. I was convinced she had what it takes to make it on her own simply through that performance alone. As I watched her audition video for the Actors Studio, I was curious to know why she chose a rather conventional role of the jilted girlfriend when she had so much more to showcase. Her choice of what seemed to me like hiding behind heavy make-up appeared odd for someone who already had the beauty and talent to shine on her own. It was only later that I realised that models can be insecure about their looks despite being paid for their looks.

I envy her looks – it's one of a strong character with Asian features that she wears both with pride and confidence. She stands out as a Malaysian who made it abroad with her authentic Chinese looks and unquestionably made her nation proud.

The controversy that was sparked raised the question of whether it was worth it, contributing to a stranger in pursuit of her dreams. What people should realise is that a talent will never go unnoticed. The debate that transpired only shows that people genuinely care for someone when they reach out and ask for help. Regardless of the points made, the fact that it inspired such a hearty discussion only shows that people understand the challenges faced by the acting community and emphatise with the issues faced by aspiring talents.

The fact that she won multiple scholarships to pursue her dreams only demonstrates that hard work, an impressive resume and the willingness to seek help will result in an outpouring of support and empathy for one.

I'm inspired by her success and am motivated to pursue my own dreams by the token of her guts, courage, determination and true passion for her beliefs and dreams. I am encouraged by her strong will to forgo her naysayers and put on a brave front in her quest towards fulfilling her ambition.

Now this is one woman to watch. She has made us proud to be Malaysians. - November 20, 2013.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Perihal khutbah Jumaat yang melesukan

Posted: 18 Nov 2013 05:19 PM PST

November 19, 2013

Shukur mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai wartawan dan bekerja dengan pelbagai media. Beliau kini pencen tetapi menjadi pemerhati politik yang tegar.

Perihal jemaah sering terlena ketika khutbah Jumaat dibacakan tidaklah memeranjatkan sangat, kerana itu tidaklah juga memeranjatkan apabila Sasterawan Negara A. Samad Said berasa jengkel mendengar khutbah Jumaat berunsur  politik mengampu.

Tindakan pihak berkuasa menyediakan teks khutbah Jumaat yang berunsur politik tidak menyenangkan Datuk A Samad Said sehingga menyebabkan beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid India sejak dua minggu lalu.

Sasterawan Negara itu berkata, beliau selesa mendengar khutbah di Masjid India kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah tersebut yang dibacakan menggunakan bahasa Tamil.

"Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah.

"Perpindahan itu sengaja saya lakukan supaya saya tidak tahu isi kandungan khutbahnya (dalam bahasa Tamil). Senang hati saya. Kerana khutbah sekarang dijadikan medan politik," katanya.

Memang sejak lama, kebanyakan khutbah Jumaat dipersembahkan dengan cara yang membosankan baik dari segi tema mahupun bahasa serta penyampaiannya.

Rungutan ini bukan perkara baru, namun sejauh ini belum terlihat perubahan, iaitu sama ada disedari oleh pihak berkuasa, penulis khutbah  mahupun penyampai (khatib) khutbah itu sendiri.

Keadaan ini terus berlanjutan, memberi gambaran bahawa pihak berkenaan seolah-olah yakin para jamaah akan tetap mendengar khutbah itu kerana mendengar khutbah adalah kewajipan jemaah tetapi jangan lupa bahawa pada saat khutbah itu dibacakan, ada jemaah terlena.

Malah, pada suatu masa dulu, saya terdengar rungutan seorang khatib, "saya lihat sendiri ketika saya menyampaikan khutbah, ramai yang tersengguk-sengguk, ada yang terus terlena."

Memang masalah khutbah yang tidak mencabar minda ini terus berlarutan menyebabkan ada pendapat mengatakan bahawa 'mendengar khutbah seperti minum ubat batuk, yang menyebabkan mata mengantuk'.

Ada dua hal mengenai perosalan khutbah Jumaat ini – di mana-manapun – iaitu khatib berkhutbah atau khatib membaca khutbah. Biasanya, khatib membaca khutbah yang disediakan oleh pihak berkuasa dan ini statusnya adalah rasmi dan biasanya bersifat pandangan pihak berkuasa, menggesa rakyat itu dan ini. Malah ada yang menyatakan kebaikan suatu perojek atau rancangan kerajaan yang kadang-kadang sama sekali tidak dihubungkan dengan pendekatan agama.

Adapun yang dikatakan berkhutbah, bukan membaca khutbah, ialah sang khatib bebas menyampaikan khutbahnya, tanpa teks. Ini pun kadang-kadang mengundang masalah, apabila ia tidak dapat mengawal emosinya, lalu menyentuh hal-hal yang sensitif, menghentam pelbagai pihak dengan emosi tanpa fakta dan tidak munasabah.

Ada cadangan yang boleh difikirkan, iatu: Teks khutbah direka dalam bentuk multimedia, setiap masjid perlu menggunakan sistem bunyi yang canggih, papan layar digital berteknologi tinggi yang besar di depan para jemaah.

Selain itu, setiap penyampaian khutbah mempunyai elemen bergambar, bunyi suara, video pendek, sementara teks khutbah boleh dicetak dalam bentuk cakera padat atau risalah biasa terlebih awal dan letakkan di pintu utama masjid untuk diagihkan kepada jemaah sebagai bahan rujukan ilmu.

Cadangan ini memang wajar  dan bersifat teknikal. Tetapi apa yang juga sangat penting di sini ialah isi khutbah itu sendiri, bagaimana hujah dan pendekatannya yang boleh diterima oleh jemaah hari Jumaat.

Persoalan bahawa khutbah itu sentiasa memaparkan propaganda pihak berkuasa masih boleh diatasi dengan bijaksana supaya dapat diterima oleh jemaah, terutamanya generasi masa kini.

Ini ialah kerana persepsi dan cara berfikir generasi masa kini yang memiliki critical thinking dan mahu bertanya serta mahu mengetahui reason, bukan Pak Turut seperti sesetengah generasi masa lalu. Kehendak generasi baru yang mendengar khutbah tidak boleh dipandang sepi.

Jemaah yang ada di depan khatib yang menyampaikan khutbah termasuklah jemaah daripada generasi baru seperti ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa institusi masjid berada di bawah kawalan pihak berkuasa, maka itu biasanya khutbah Jumaat turut memperkatakan mengenai rancangan pihak berkuasa sama ada rancangan eknommi, pendidikan, sosial dan sebagainya.

Cuma di sini bergantung kepada kebijaksanaan dan kemahiran penulis khutbah itu sendiri sama ada isu yang hendak disampaikan dalam khutbah itu berbentuk propaganda totok yang menuntut jemaah menerimanya, atau ditulis dan disampaikan secara intelektual. Iaitu dengan hujah yang dapat diterima akal akan kemunasabahannya, walapun, umpamanya, mengenai GST atau cukai lain serta isu ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.

Perihal khutbah yang melesukan ini juga disebabkan memiliki kelemahan, terutama mengenai penyusunan ayat yang mendukung mesej yang hendak disampaikan. Kadang-kadang bahasanya kaku, flow of ideanya tidak tersusun dengan baik. Ada perkataan dan ayat yang mendukung mesej tidak disusun dengan menarik, iaitu menggunakan susunan ayat cara lama, tidak terkini.

Benar bahasa khutbah Jumaat bukan bahasa sastera, seperti cerpen, sajak dan novel, justru ia bahasa peringatan dan 'pesan dakwah', tetapi jangan lupa bahawa bahasa yang disusun baik, segar, jelas dan tidak kaku akan lebih menarik pendengar.

Kerana itu, penulis khutbah perlulah menambah ilmu dari segi tata bahasa dan bagaimana menulis khutbah dengan bahasa yang tepat, jitu, indah dan tidak meleret-leret. Perlu diingat bahawa bahasa adalah mekanisme yang penting untuk menyampaian ingatan dan 'pesan dakwah'.

Nas-nas Al-Quran dan hadis tetap saja menjadi paksi khutbah Jumaat, seperti juga kuliah agama yang disampaikan dipelbagai majlis. Oleh itu alangkah baik jika petikan Al-Quran dan hadis itu diserapkan dengan cara yang sangat menarik dalam menyusun khutbah. Ini bukan bermakna hendak mengubah ayat Al-Quran dan hadis itu, tetapi meletakkannya dalam khutah itu dengan cara yang sangat menarik.

Kesimpulannya, adalah wajar para penulis khutbah, malah khatib yang menyampaikan mengadakan pertemuan dan perbincangan bagaimana cara hendak meningkatkan mutu khutbah.

Jika mutu khutbah sudah ditingkatkan, tetapi masih ada lagi jemaah yang terus terlina ketika khutbah disampaikan, maka itu bukan salah khutbah dan khatib, tetapi jemaah yang selalu terlena itulah yang perlu sedar akan perlunya mendengar khutbah. – 19 November, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved