Ahad, 1 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Cukai pintu: Tengku Adnan dakwa pembangkang gila “berdemonstrasi”

Posted: 01 Dec 2013 02:49 AM PST

OLEH YISWAREE PALANSAMY
December 01, 2013

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor (gambar) membidas pembangkang yang disifatkannya sebagai gila "berdemonstrasi" terhadap rancangan untuk mengadakan bantahan kenaikan cukai pintu.

Tengku Adnan berkata, pembangkang hanya berminat mempolitikkan dan mensensasikan isu tersebut walaupun permohonan maaf telah dibuatnya susulan kekeliruan yang tercetus.

"Itulah masalah pembangkang. Mereka gila berdemonstrasi. Mereka suka mempolitikkan dan mensensasikan, politik sebegini sangat buruk," katanya.

"Saya sudahpun minta maaf. Kamu tidak boleh salahkan Datuk Bandar. Saya sepatutnya semak dahulu.

"Sebab itu saya minta maaf," katanya.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan merancang untuk mengadakan demonstrasi pada 16 Disember ini di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membantah kadar kenaikkan cukai tersebut yang dianggap terlalu tinggi.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga sebelum ini mendesak Tengku Adnan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib meletak jawatan susulan kontroversi isu tersebut.

Tengku Adnan dalam sidang media di Putrajaya hari ini memberitahu media pemimpin PR menjadi isu yang terpaksa ditanganinya sejak kenaikan cukai pintu dimainkan oleh pihak media.

"Maaflah saya nak cakap, tetapi mereka keliru dan suka mengelirukan orang ramai.

"Mereka tidak bekerja dan hanya tahu bercakap dan menipu," kata beliau dalam nada kecewa. – 1 Disember, 2013.

MENYUSUL LAGI

AirAsia buka laluan baru ke Bandung perkukuh kedudukan di hab Selatan

Posted: 01 Dec 2013 02:45 AM PST

December 01, 2013

AirAsia kini membuka laluan baru menghubungkan Bandung, Indonesia dengan Johor Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Aireen Omar berkata, destinasi antarabangsa baru itu merupakan yang ketiga diperkenalkan dari Johor Bahru selepas Jakarta serta Surabaya.

Beliau berkata AirAsia akan menawarkan penerbangan empat kali seminggu di laluan baru iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

"Johor Bahru adalah hab AirAsia yang penting dan mempunyai banyak potensi untuk dibangunkan dan sehingga kini kita telah menerbangkan lebih 600,000 tetamu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"Tambahan laluan antarabangsa ke Bandung ini diharap akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama bersama Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi menghubungkan komuniti di Selatan dengan lebih banyak pilihan melalui jaringan kami yang lebih luas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menyambut penerbangan sulung dari Bandung ke Johor Bahru di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan sambutan ulang tahun ke-10 kerjasama AirAsia dengan lapangan terbang itu hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Komersil AirAsia Datuk Bernard Francis dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Senai International Airport, Safuan Basir.

Penerbangan QZ 151 yang dioperasikan oleh AirAsia Indonesia itu tiba jam 12.50 tengahari bersama rombongan media dari Indonesia yang kemudian dibawa melawat tempat menarik di sekitar bandar raya ini.

Bersempena dengan pengenalan laluan baru itu juga, AirAsia menawarkan promosi tambang rendah bermula daripada RM184 sehala yang boleh ditempah secara dalam talian dari 2 hingga 8 Disember 2013 di www.airasia.com.

Sementara itu Bernard berkata dengan adanya daya tarikan pelancongan yang menarik di negeri ini seperti Puteri Habour, Taman Tema Legoland dan Johor Premium Outlet, pihaknya menyasar menarik lebih 70% penumpang dari Indonesia ke negeri ini. – Bernama, 1 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved