Khamis, 12 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi

Posted: 12 Dec 2013 02:25 AM PST

December 12, 2013

Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung "Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011" yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.

"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.

"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.

Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.

Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.

"Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.

"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.

"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.

Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.

Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.

"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.

Saya kagumi Khomeini tapi bukan Syiah, kata Mat Sabu

Posted: 12 Dec 2013 02:18 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
December 12, 2013
Latest Update: December 12, 2013 07:10 pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata beliau sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tuduhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini dinafikannya sambil mengucapkankan terima kasih kerana mengaitkannya dengan pemimpin dihormatinya itu.

"Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini,  saya ucap terima kasih.

"Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrullah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Menurut Mohamad, beliau akan bertemu dengan peguamnya pada Ahad.

"Selepas jumpa peguam, saya akan keluarkan kenyataan lanjut," katanya.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeni.

Mohamad berkata tidak gentar dengan kenyataan Ahmad Zahid untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dengan fahaman Syiah.

Katanya, tuduhan sedemikian telah menjadi kebiasaan baginya terutamanya ketika pemilihan PAS baru-baru ini.

"Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi," katanya.

Mohamad berkata, sejak menyertai PAS pada awal 1980-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1984 dan semasa Operasi Lalang pada 1987.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Katanya, berdasarkan temuramah bersama sahabat Mohamad selama hampir 20 tahun, C N Afghani, berkata Mohamad kerap kali melawat Iran dan pernah terlibat dengan program penghantaran pelajar Malaysia ke Qom.– 12 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved