The Malaysian Insider :: Bahasa |
Elaun Exco dan Adun Perlis dinaikkan mulai Januari ini Posted: 17 Dec 2013 03:11 AM PST Menteri Besar Azlan Man berkata keputusan kenaikan elaun itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 29 November lalu. Kenaikan elaun ini diputuskan selepas mengambil kira tanggungjawab dan perkhidmatan yang kini dipikul oleh Exco dan Adun, bagi memenuhi harapan rakyat, katanya menjawab soalan Nurulhisham Yaakob (BN-Simpang Empat), di Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. Katanya kerajaan negeri juga mengambil kira pelarasan gaji dan elaun Exco serta Adun yang dibuat oleh beberapa negeri baru-baru ini. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan kadar kenaikan itu. - Bernama, 17 Disember, 2013. |
PAS desak kerajaan kaji perjanjian konsesi lebuh raya Posted: 17 Dec 2013 02:23 AM PST Pengarah Kajian dan Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata dengan semakan perjanjian itu, tempoh masa perjanjian akan berdasarkan jumlah wang yang dikutip dan bukannya tempoh masa perjanjian. "Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar adalah tidak bertanggungjawab dan sama nadanya dengan menteri yang mengarahkan untuk keluar dari Malaysia. "Menteri yang menyertai Kabinet dengan tidak berlatarbelakangkan politik seperti Datuk Paul Low dan Wahid perlu menunjukkan profesionalisme dan prihatin kepada beban rakyat," katanya semasa ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Dzulkefly berkata pengumuman kenaikan harga tol di antara 30 sen dan RM1 ditambah dengan kenaikan harga gula dan petrol sebelum ini sangat menekan rakyat apatah lagi tambang pengangkutan awam dan bas sekolah juga bakal dinaikkan. – 17 Disember, 2013. MENYUSUL LAGI |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan