Khamis, 19 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Setelah menerima tekanan, DBKL umum kadar baru cukai pintu

Posted: 19 Dec 2013 01:50 AM PST

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
December 19, 2013

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan drastik dalam menyelesaikan kemelut cukai pintu apabila memutuskan kenaikannya tidak akan melebihi 10% daripada bayaran cukai semasa sementara pemilik hartanah komersial pula tidak melebihi dari 35% bayaran cukai semasa.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mengumumkan hal itu selain berkata kadar cukai baru bergantung kepada lokasi hartanah.

"Hartanah yang berada di kedudukan 36 batu dari Kuala Lumpur akan dikenakan kadar berbeza berbanding mereka yang tinggal lebih jauh dari jarak tersebut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Beliau berkata rebat khas akan diberikan kepada kumpulan pemilik hartanah tertentu seperti orang kelainan upaya (OKU), pesara dan pemilik yang menetap di hartanah sendiri.

"Mereka boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di kaunter bayaran DBKL dengan disertakan dokumen sokongan," katanya. – 19 Disember, 2013.

MENYUSUL LAGI

Akhbar mingguan The Heat digantung serta merta oleh KDN

Posted: 19 Dec 2013 01:25 AM PST

OLEH JENNIFER GOMEZ DAN HASBULLAH AWANG CHIK
December 19, 2013
Latest Update: December 19, 2013 06:44 pm

Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai disebabkan artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal The Ant Daily, akhbar The Heat mengesahkan peneribitan mereka sudah digantung.

"Akhbar ini tidak akan diterbitkan seperti yang dijadualkan pada 21 Disember," kata The heat.

Akhbar mingguan tersebut diberikan surat tunjuk sebab minggu lepas dan Ketua Pengarang David Lee Boon Siew turut dipanggil KDN ke Putrajaya dan diminta untuk melembutkan berita mereka.

The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh ertikel bertajuk "All eyes on big spending Najib" yang diterbitkan dalam isu 23-29 November.

Dipercayai, penerbitnya HCK Media diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan.

Difahamkan, kesemua pemberita sudah diberitahu mengenai perkara ini dalam satu mesyuarat hari ini.

Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider mengatakan beliau tidak tahu mengenai pergantungan akhbar mingguan itu.

Bagaimanapun Pengarang Kanan HCK Media Chong Cheng Hai enggan mengulas apabila dihubungi.

Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya.

 Akhbar The Star pernah digantung penerbitannya selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 yang menyaksikan perdana menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan lebih 100 orang ahli politik dan aktivis.

Akhbar milik MCA itu beroperasi semula pada April 1988.

Pada tahun 2006, akhbar berbahasa Inggeris Sarawak Tribune digantung penerbitannya berhubung penebitan karikatur Nabi Muhammad. – 19 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved