Selasa, 24 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


UAE sumbang AS$10 juta untuk mangsa banjir di Malaysia

Posted: 24 Dec 2013 03:16 AM PST

December 24, 2013

Bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang. Gambar fail.Bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang. Gambar fail.Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengarahkan supaya US$10 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.

Menurut Kedutaan UAE dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, inisiatif ini merupakan bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.

"Persatuan Bulan Sabit Merah UAE akan melaksanakan inisiatif kemanusiaan ini melalui kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan," katanya.

Tambahnya lagi, bantuan berupa keperluan asas yang diperoleh daripada pasaran tempatan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia yang terlibat.

"Dengan bantuan ini, diharapkan mereka akan dapat pulang ke rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa," katanya. - Bernama, 24 Disember, 2013.

Putrajaya dakwa Rafizi putar belit isu jual aset negara

Posted: 24 Dec 2013 03:12 AM PST

Oleh Md Izwan
December 24, 2013

Putrajaya mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) telah memutar-belitkan laporan Bank Dunia mengenai tuduhan menjual aset negara minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu membuat tuduhan kepada kerajaan di atas kepentingan politik.

"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik," kata Kementerian Kewangan hari ini.

Rafizi sebelum itu menuduh Putrajaya menjual aset negara  bagi tujuan menurunkan defisit ke paras 4% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Datuk Seri Najib Razak.

"Semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama," katanya lagi.

Kementerian Kewangan juga menegaskan tiada keperluan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen kerana laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) tersebut telah pun  dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan di dalam  media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut Kementerian Kewangan, aktiviti penjualan tanah yang dijalankan sejak tahun 2008 tersebut adalah dibawah inisiatif pengewangan aset kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata kenyataan itu lagi.

Aset tersebut yang dipindah milik juga dilakukan mengikut harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Rafizi juga berkata laporan tersebut mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

"Pensekuritian hutang kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil kerajaan persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil kerajaan persekutuan," kata Kementerian Kewangan, sambil menegaskan pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan juga menegaskan komitmen kerajaan untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015.

"Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal kerajaan," katanya lagi.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, hutang negara meningkat kepada 53.3% dalam KDNK pada penghujung 2012 daripada 51.6% pada hujung 2011 dan 39.8% pada hujung 2008. – 24  Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved