Rabu, 25 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rakyat perlu pentingkan kebersamaan, kata Najib

Posted: 25 Dec 2013 02:33 AM PST

December 25, 2013

Najib Razak dan Lim Guan Eng berbual mesra di Rumah Terbuka Krismas 2013 yang diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Disember, 2013.Najib Razak dan Lim Guan Eng berbual mesra di Rumah Terbuka Krismas 2013 yang diadakan di Padang Kota, Pulau Pinang. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Disember, 2013.Datuk Seri Najib  Razak hari ini menggesa rakyat menitikberatkan kebersamaan sesama mereka bagi mengukuhkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara.

Rakyat perlu mencari kebersamaan antara mereka berbanding mencari apa yang membezakan mereka, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebagai contoh, walaupun terdapat perbezaan tafsiran seperti konsep Tuhan dalam agama Islam dan Kristian, ia tidak seharusnya dijadikan perbalahan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum.

"Islam dan Kristian adalah dua agama terbesar di dunia. Kedua-dua agama ini boleh dikatakan mempunyai asal usul yang sama, ada permulaan yang sama iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

"Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya konsep Tuhan. Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian," katanya ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Najib berkata sebagai Perdana Menteri, beliau amat menekankan aspek keamanan, keharmonian serta kestabilan dan komited untuk melakukan apa sahaja demi memelihara ketiga-tiga aspek itu.

"Saya pernah sebut saya tidak berminat untuk memenangi sesuatu pertengkaran berhubung sesuatu isu. Saya hanya memikirkan bagaimana mencapai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang sewajarnya untuk negara ini. Inilah tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Kita mesti faham sensitiviti antara satu sama lain dan bila kita faham sensitiviti antara satu sama lain, kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain.

"Orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati orang Kristian dan orang Kristian tidak seharusnya menyakiti hati orang Islam," katanya.

Beliau berkata konsep rumah terbuka yang dianjur bukan hanya meraikan sesuatu perayaan semata-mata sebaliknya adalah medium untuk rakyat di negara ini berkongsi dan memahami adat serta budaya sesuatu kaum.

Najib juga berkata program rumah terbuka membolehkan rakyat berkongsi peluang yang merangkumi adab dan kemakmuran.

Beliau berkata rumah terbuka juga boleh dijadikan tirai program Tahun Melawat Malaysia 2014 dan menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Katanya, beliau percaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah pimpinan Mohamed Nazri bersedia untuk menjayakan program yang dirancang dan kerajaan pusat sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan industri pelancongan.

"Adalah penting untuk kita mengingatkan diri sendiri bahawa jika kita bekerjasama, kita akan berjaya mencapai potensi terbesar untuk Malaysia," katanya. - Bernama, 25 Disember, 2013.

Ikan terdampar di pantai bukan petanda tsunami, kata pakar

Posted: 25 Dec 2013 02:26 AM PST

December 25, 2013
Latest Update: December 25, 2013 06:31 pm

Di sebalik kegembiraan fenomena ikan terdampar, penduduk sekitar juga bimbang ia merupakan petanda tsunami. Di sebalik kegembiraan fenomena ikan terdampar, penduduk sekitar juga bimbang ia merupakan petanda tsunami. Kejadian beribu-ribu ikan tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan di Lahad Datu, Sabah semalam bukan petanda tsunami akan berlaku.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.

"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu tidak semestinya berkait dengan alam sekitar seperti tsunami sebaliknya boleh dikaitkan dengan fenomena alam tabii.

Menguatkan lagi pandangannya, Dr Ibrahim, yang juga bekas Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia berkata kejadian pelik itu hanya melibatkan sejenis ikan iaitu ikan tamban dan tiada hidupan laut lain.

"Kalau sejenis ikan sahaja ia mungkin berkait dengan perubahan fisiologi ikan itu sendiri.

"Atau... kejadian itu juga disebabkan perubahan dalam laut sendiri, misalnya suhu air dan kadar kemasinan air laut," katanya.

Dr Ibrahim berkata ikan sangat sensitif dengan perubahan kandungan air dan perubahan keseimbangan dalam diri ikan juga akan membuat haiwan itu berkelakuan pelik. - Bernama, 25 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved