Jumaat, 6 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahasiswa Nasional saran wujud Skim Simpanan Tetap Perumahan

Posted: 06 Dec 2013 03:07 AM PST

December 06, 2013

Mahasiswa Nasional mengutarakan Skim Simpanan Tetap Perumahan untuk membantu mahasiswa Bumiputera memiliki rumah.Mahasiswa Nasional mengutarakan Skim Simpanan Tetap Perumahan untuk membantu mahasiswa Bumiputera memiliki rumah.Mahasiswa Nasional hari ini mencadangkan kerajaan mewujudkan Skim Simpanan Tetap Perumahan (SSTP) sebagai satu inisiatif meringankan beban dan membantu mahasiswa Bumiputera dalam pemilikan rumah.

Mencadangkan perkata itu, wakil Mahasiswa Nasional dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pahang, Mohd Affifi Mohd Aris, berkata skim berkenaan berperanan seumpama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menjadikan tabungan sebagai asas permulaan.

Mengakui kerajaan telah melaksanakan banyak bantuan dalam isu perumahan termasuk membina rumah kos rendah, beliau bagaimanapun berkata ia belum mencukupi memandangkan jumlah rumah yang dibina tidak banyak selain mahasiswa kini terbeban dengan hutang lain seperti pendidikan.

"Kekangan ekonomi, penawaran rumah mampu milik yang tidak mencukupi adalah masalah penting dan utama untuk mahasiswa Bumiputera memiliki rumah bagi menjamin kehidupan mereka yang selesa.

"Justeru skim ini berupaya membantu golongan mahasiswa Bumiputera mendapatkan rumah dengan penabungan sejak kecil dan budaya menabung yang diamal akan mengurangkan beban kewangan mereka," katanya.

Mohd Affifi, 21, yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Beliau berkata skim berkenaan juga akan menjadi titik awal menyuntik kesedaran mahasiswa dan ibu bapa akan kepentingan pemilikan aset untuk meningkatkan kualiti hidup Bumiputera di negara ini.

Selain itu beliau turut menyentuh mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) apabila menyarankan syarikat tersebut mewujudkan sistem kuota dalam memberi peluang kepada mahasiswa menjalani latihan industri selain dijadikan penunjuk prestasi utama kepada syarikat.

Jelasnya penetapan kuota itu terutama di syarikat GLC yang memiliki nama besar akan membantu memberi pengalaman bernilai kepada mahasiswa Bumiputera di negara ini.

"Pendedahan awal mahasiswa kepada syarikat GLC ini penting untuk membina hubungan baik dengan industri dan membantu mereka mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian," katanya. – Bernama, 6 Disember, 2013.

Mayat AJK Umno Pekan yang lemas ditemui

Posted: 06 Dec 2013 02:47 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
December 06, 2013

Mayat Jamali Ali telah ditemui oleh penduduk dan anggota penyelamat berdekatan tali air utama di Sungai Isap. Gambar The Malaysian Insider.Mayat Jamali Ali telah ditemui oleh penduduk dan anggota penyelamat berdekatan tali air utama di Sungai Isap. Gambar The Malaysian Insider.Mayat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan Jamali Ali, 44, yang lemas ditelenggami pusaran banjir pada Rabu di Sungai Isap, ditemui di tali air Kampung Razali jam 2.30 petang tadi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Md Shah.

Beliau berkata, mayat ditemui penduduk bersama anggota penyelamat dalam keadaan terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian lemas.

"Mayat mangsa ditemui jam 2.30 petang oleh penduduk kampung, anggota tentera dan bomba. Lokasi penemuan mayat berhampiran tali air utama di Sungai Isap," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pagi tadi, mayat anak Jamali, Megat Nazri, 17, ditemui di tali air Taman Guru iaitu dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.30 pagi.

Dalam kejadian 7.30 malam pada Rabu, dua beranak itu dikhuatiri lemas ketika memindahkan barang ke bot.

Jamali dan Megat Nazri dipercayai terjatuh ke dalam arus deras selepas bot itu terbalik dipercayai melanggar arus pusaran air.

Md Sohaimi berkata kini mayat Jamali sedang dibedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan akan dimandikan di hospital berkenaan.

Katanya, mayat dua beranak itu akan dibawa pulang ke Pekan sebelum dikebumikan dalam satu lahad hari ini juga.

Banjir melanda negeri Pahang, Terengganu dan Johor dan dikatakan diantara yang terburuk sehingga menyebabkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turun sendiri ke kawasan Parlimennya di Kemaman untuk memberikan bantuan.

Sementara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kerajaan agar dapat mengisytiharkan kawasan Kuantan, Pahang dan daerah Kemaman, Terengganu sebagai "kawasan bencana" akibat dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Abdul Hadi, pengisytiharan kawasan bencana ini adalah perlu kerana ia membolehkan proses menyelamatkan nyawa penduduk dan penghantaran bekalan.

Katanya penghantaran makanan, pakaian, air bersih terutamanya dapat dilakukan dengan kadar segera tanpa kerenah birokrasi, dan bencana banjir ini diangkat sebagai perkara yang sangat perlu disegerakan penyelesaiannya di peringkat nasional. – 6 Disember, 2013.


 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved