Sabtu, 7 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PM umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir

Posted: 07 Dec 2013 02:47 AM PST

December 07, 2013

Seorang mangsa banjir merenung nasibnya di rumahnya selepas pulang dari pusat pemindahan apabila banjir surut. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Disember, 2013.Seorang mangsa banjir merenung nasibnya di rumahnya selepas pulang dari pusat pemindahan apabila banjir surut. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Disember, 2013.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir.

"Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka.

"Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka.

"Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara. 

"Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya.

Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung.

"Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan.

Perdana Menteri juga bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno pada Khamis. - Bernama, 7 Disember, 2013.

Pentaksiran berasaskan sekolah dijangka lebih berkesan menjelang April 2014

Posted: 07 Dec 2013 02:19 AM PST

December 07, 2013
Latest Update: December 07, 2013 06:43 pm

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijangka dilaksanakan secara lebih berkesan pada April tahun depan bagi mengelak ia menjadi bebanan kepada guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan memberi jaminan bahawa sistem itu akan ditambah baik dan diperbaiki dengan kadar segera.

"Yang jadi masalah bukan dasar tetapi pelaksanaannya yang menjadi bebanan kepada guru, saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini akan kita atasi dengan sebaiknya," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan mengarahkan kementerian supaya memperbaiki akses kepada sistem itu bagi guru mengisi prestasi murid tanpa sebarang masalah.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Bagi memperkasa pendidikan Islam, Muhyiddin berkata, buat permulaan, modul pendidikan Islam Ulul Albab akan diperluaskan di sebuah sekolah agama terpilih di setiap negeri tahun depan.

"Pada masa ini ada empat sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu yang melaksanakan modul ini. Menerusi modul ini, selain mempelajari mata pelajaran biasa, ia juga dapat disasarkan untuk khatam hafazan (Al-Quran) sebelum tamat SPM dan ini sebahagian besar yang dituntut masyarakat Islam di negara kita," katanya.

Beliau berkata, program yang berasaskan prinsip quranik, ensiklopedik dan ijtihad itu diharap dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang pencapaian akademiknya, tetapi juga cemerlang penghayatan agama Islamnya.

Selain bercadang mewujudkan kolej komuniti Islam, kolej komuniti sedia ada juga akan diperluaskan peranannya dengan mengintegrasikan program latihan yang ditawarkan kolej itu dengan pendidikan Islam sepanjang hayat.

"Setakat hari ini sudah wujud 85 kolej komuniti dan program berkaitan pendidikan Islam akan kita masukkan ke dalam program latihan di kolej berkenaan," katanya.

"Saranan saya ialah supaya pendidikan Islam sepanjang hayat dijadikan dasar utama untuk menyebarluaskan pengetahuan ilmu kefahaman kita tentang Islam," katanya.

Mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu ditambahbaik, beliau berkata, kementerian akan memperhalusi kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk dasar pinjaman boleh ubah.

"Ada yang mencadangkan kita perlu mengkajinya dan tidak semestinya mahasiswa yang mendapat Ijazah kelas pertama sahaja yang layak diberi insentif pemotongan atau biasiswa.

"Tetapi juga pencapaian pelajar Bumiputera lain boleh diambil kira sebagai satu cara bagi galakan kepada mereka, perkara ini akan kita perhalusi dan teliti dan kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar Biro-biro Pendidikan Umno di semua bahagian mengambil peranan utama untuk terlibat secara langsung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan menterjemahkannya di seluruh peringkat akar umbi.

"Ini kerana tiada seorang pun anggota kita yang terkecuali daripada mendapat kesan dan faedah daripada PPPM," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan berdolak dalih malah akan terus melaksanakan segala perakuan yang dibuat di dalam pelan itu walaupun ada pihak yang mempertikaikan pelaksanaannya.

"Saya selaku Menteri Pendidikan yang diberi amanah, tidak akan berdolak dalih dan akan terus melaksanakan PPPM tidak kira suara datang daripada mana-mana pihak sekalipun.

"Ini kerana tujuan dan matlamat yang digariskan dalam pelan ini adalah untuk mengangkat martabat masyarakat Malaysia ke tahap lebih tinggi menerusi sistem pendidikan negara kita," katanya. - Bernama, 7 Disember, 2013.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved