Ahad, 8 Disember 2013

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Syiah “momok baru” kuasai Melayu

Posted: 07 Dec 2013 03:47 PM PST

December 08, 2013
Latest Update: December 08, 2013 11:51 am

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar.

Di antara sebab mengapa penjajah dapat menguasai tanah ini selama ratusan tahun adalah kerana kebodohan penduduk setempatnya. Selepas beberapa ratus tahun dijajah, barulah timbul kesedaran untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Maka tidak hairanlah mengapa Malaysia hanya diperintah oleh parti politik sama semenjak hari pertama negara mencapai kemerdekaan.

Jika dahulu komunis atau fahaman komunisme merupakan "momok" untuk menakut-nakutkan rakyat, kini muncul momok baru iaitu fahaman Syiah.

Walaupun perdebatan di antara Sunni-Syiah ini sudah lama selesai di peringkat antarabangsa di kalangan ulama-ulama muktabar, di Malaysia ia umpama isu baru.

Umno yang memerintah Malaya semenjak 1957 dan Malaysia semenjak 1963 amat faham dengan kepentingan momok untuk menakut-nakutkan rakyat terutama orang-orang Melayu.

Kemalasan majoriti orang-orang Melayu untuk membaca dan ketidakupayaan mereka untuk menyoal apabila diajarkan sesuatu oleh ustaz-ustaz "separuh masak" memudahkan momok-momok ini untuk terus hidup.

Dalam erti kata lain, Syiah merupakan talian hayat Umno untuk terus menguasai minda orang-orang Melayu bagi memastikan mereka terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dengan adanya fahaman Syiah, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia akan terlupa dengan kenaikan harga petrol, gula dan elektrik yang mereka hadapi.

Momok Syiah ini umpama candu mengkhayalkan. Memerangi Syiah boleh menyebabkan anda terlupa akan kelaparan dan hutang-hutang yang belum berbayar.

Perhimpunan Agung Umno 2013 menyaksikan fahaman Syiah menjadi bahan belasahan daripada perwakilan Umno seluruh negara.

Sehingga terdapat beberapa cadangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang hanya mengiktiraf Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara Islam di dunia, termasuk Afghanistan semasa diperintah Taliban.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (gambar) semalam dalam ucapan penangguhannya menyahut cabaran itu apabila mengatakan perlembagaan parti itu akan dipinda menjadikan hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah diiktiraf Umno.

Selepas ini, umat Islam di Malaysia yang menganut mazhab selain Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak boleh lagi mengundi Umno kerana parti itu tidak mengiktiraf mereka, walaupun sebagai manusia.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih hebat lagi. Beliau menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar menangkap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar bawah) kerana dikatakan menganut fahaman Syiah yang mengancam keselamatan negara.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama.

Jamil Khir yang mempunyai latar belakang gerakan Islam dan faham dengan gerakan Islam antarabangsa tidak mudah terjerat dengan saranan Ahmad Zahid itu apabila mengatakan ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan.

Jamil Khir juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Elok tanya Zahid. Elok tanya polis," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Mengapa Ahmad Zahid tidak menggunakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menahan Mohamad dan menyerahkan perkara itu kepada Jakim? Ini adalah kerana ia merupakan politik semata-mata.

Kalau benar fahaman Syiah merupakan satu ancaman kepada negara, mengapa tidak Ahmad Zahid meyakinkan Najib untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran, Iraq, Syria, Lebanon dan negara Islam lain yang mempunyai majoriti penganut fahaman itu?

Bukankah negara Iran, Iraq, Syria dan Lebanon ini merupakan salah satu punca fahaman Syiah tersebar ke Malaysia?

Langkah pertama yang boleh dilakukan Malaysia adalah menghalau duta-duta dari negara Iran, Iraq, Syria dan Labenon yang jelas menganut fahaman Syiah dan dikhuatiri pengaulan mereka dengan masyarakat tempatan akan menyebabkan fahaman itu tersebar luas.

Kedua, halau kesemua warga dari negara-negara berkenaan dari Malaysia tidak kira pelancong, pelajar atau peniaga.

Ketiga, jangan beri visa kepada semua rakyat dari negara-negara berkenaan yang mahu datang ke Malaysia.

Keempat, tarik diri daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana Iran, Iraq, Syria dan Labenon merupakan negara anggota.

Kelima, putuskan hubungan dengan Hamas dan Khaled Meshal kerana mereka bersahabat baik dengan pergerakan Hezbollah yang dipimpin oleh Hassan Nasrallah (gambar).

Hezbollah merupakan sebuah gerakan yang terdiri daripada penganut fahaman Syiah yang seringkali membantu Palestin berperang dengan Israel.

Kalau ini berani dilakukan Najib dan Ahmad Zahid, maka benarlah Umno merupakan satu-satunya parti politik di dunia yang berani memerangi Syiah habis-habisan.

Jika tidak, hentikanlah perdebatan bodoh lagi membodohkan ini. Cukup-cukuplah! – 8 Disember, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved