Rabu, 1 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Majlis Diraja Johor hormati keputusan ahli korporat pulangkan darjah kebesaran

Posted: 01 Jan 2014 01:55 AM PST

January 01, 2014

Artikel tulisan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dipercayai tidak disenangi oleh Majlis Diraja Johor. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari, 2014.Artikel tulisan Tan Sri Muhammad Ali Hashim dipercayai tidak disenangi oleh Majlis Diraja Johor. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari, 2014.Jumaah Majlis Diraja Johor menghormati niat tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim untuk memulangkan semula ketiga-tiga darjah kebesaran negeri Johor baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, keputusan Jumaah itu telah dipersembahkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Jumaah Majlis Diraja menghormati niat mulia Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim," katanya di dalam satu kenyataan empat perenggan hari ini.

Undang-undang dan peraturan Darjah Mahkota Johor, kata Abdul Rahim, memperuntukkan seorang Datuk Johor boleh berhenti menjadi ahli darjah di atas apa sebab sekalipun dengan memulangkan tanda kebesaran itu kepada Jabatan Menteri Darjah berkenaan.

Kenyataan beliau itu merujuk tindakan Muhammad Ali yang juga bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp) memulangkan kesemua tiga darjah kebesaran Johor kepada jumaah pada 27 Disember lepas.

Tokoh korporat itu pada 28 Disember lepas berkata tindakannya itu adalah berikutan kenyataan Abdul Rahim pada 5 Disember lepas berhubung artikel tulisannya dalam sebuah akhbar tempatan yang disiar pada 2 Disember lepas.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor itu telah meminta Muhammad Ali memberikan penjelasan berhubung artikelnya yang bertajuk, "Menuntut Hak, Menebus Masa Silam".

Darjah kebesaran yang dikembalikan ialah Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang diterima pada 8 April 1996 dan Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diterima pada 8 April 1984, kedua-duanya membawa gelaran 'Datuk', serta Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ). - Bernama, 1 Januari, 2014.

Umno Shah Alam desak paderi tarik balik kenyataan mahu terus guna ‘Allah’ di gereja

Posted: 01 Jan 2014 01:49 AM PST

January 01, 2014

Lawrence sebelum ini dilaporkan berkata akan terus menggunapakai kalimah Allah di gereja-gereja di Selangor. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari, 2014.Lawrence sebelum ini dilaporkan berkata akan terus menggunapakai kalimah Allah di gereja-gereja di Selangor. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari, 2014.Umno Shah Alam dan Pemuda serta Puteri Umno cawangan Kota Raja hari ini membuat lima laporan polis bagi mendesak pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew, menarik balik
kenyataannya tetap mahu menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Ketua Umno Shah Alam, Azhari Shaari berkata kenyataan paderi itu bertentangan dengan enakmen syariah negeri malah ia juga melanggar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri ini.

"Kami mahu paderi Lawrence tarik balik kenyataannya dalam tempoh empat hari bermula hari ini dan jika tidak diendahkan, pihak kami akan membuat lebih banyak desakan dan laporan polis.

"Malah Sultan Selangor sendiri pun telah menitahkan bahawa kalimah Allah di Selangor hanya untuk umat Islam saja dan tindakan paderi itu juga ibarat mengingkari titah Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Sultan Sharafuddin sebelum ini menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Justeru, Azhari turut mencadangkan pihak Peguam Negara untuk meneliti semula kenyataan paderi terbabit sama ada ia bertentangan dengan prosiding mahkamah berhubung isu penggunaan kalimah Allah supaya tindakan sewajarnya dapat diambil jika ia didapati menghina mahkamah.

Paderi Lawrence dalam kenyataannya yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu itu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.

Azhari turut meminta Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Jabatan Agama Islam Selangor untuk segera mengambil tindakan selanjutnya mengikut bidang kuasa masing-masing berhubung kenyataan terbabit agar kepentingan umat Islam di negeri ini terus terpelihara.

Ketua Pemuda Umno Kota Raja, Khusyairi Abdul Aziz pula mencadangkan paderi Lawrence untuk segera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya yang dilihat mampu mengganggu keharmonian masyarakat di negeri ini. - Bernama, 1 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved