Sabtu, 11 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Beri peluang Sosma main peranan, kata Shafie Apdal

Posted: 11 Jan 2014 02:41 AM PST

January 11, 2014

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata semua pihak perlu memberi peluang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memainkan peranan dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman awam.  

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, isu keselamatan dan ketenteraman awam serta desakan menguatkuasakan semula ISA tidak akan timbul jika semua pihak mematuhi dan menerima undang-undang yang ada.

"Biarkan undang-undang ini (Sosma) memainkan peranannya dan kita akan lihat keberkesanannya. Jika ada keperluan untuk menguatkuasakan semula ISA, kita akan lihat dari sudut memperkasakannya," katanya kepada pemberita di majlis perasmian projek Penyusunan Semula Kampung (PSK) Bangkong, Paloh Hinai dekat Pekan hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu kerajaan menguatkuasakan semula ISA kerana Sosma dilihat tidak memadai untuk menangani isu membabitkan puak ekstremis.

"Kita harus lihat kehendak masyarakat yang ramai tetapi kerana desakan minoriti yang ada dalam negara walaupun dalam keadaan masyarakat majmuk ia tidak bererti kerajaan mengenepikan desakan itu," kata Mohd Shafie lagi. - Bernama, 11 Januari, 2014.

Elak helang, angin kuat punca pesawat terhempas

Posted: 11 Jan 2014 02:35 AM PST

January 11, 2014

Seorang daripada tiga mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Gambar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.Seorang daripada tiga mangsa yang terselamat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Gambar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.Pesawat Cessna 172 yang terhempas di kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua burung helang ketika terbang dalam keadaan angin kencang.

Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkifli, seorang daripada tiga mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang di Kuala Lumpur hari ini.

"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan," kata Sharifah Hatun ketika ditemui pemberita di hospital itu.

Tiga mangsa pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) ditemui selamat hari ini setelah pesawat tersebut terhempas di kawasan Empangan Batu selepas dilaporkan hilang di sekitar Batu Caves kira-kira 5 petang semalam.

Mereka ialah Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 22; Syed Haidhar, 25; dan Shaiful Zafiq Razali, 24.

Sharifah Hatun bersyukur kerana anaknya terselamat dalam insiden itu disebabkan kecekapan juruterbang mengendali pesawat dalam keadaan kritikal.

"Kata anak saya ketika itu juga angin kuat dan pesawat tidak dapat berbuat apa-apa namun pilot amat cekap kerana dapat mendaratkan pesawat itu ke tempat selamat," katanya.

Beliau kesal dengan media tertentu yang menyebarkan berita palsu di internet kononnya anaknya dan dua lagi maut dalam insiden tersebut.

"Sudahlah saya ada penyakit jantung ada pihak tidak bertanggungjawab membuat andaian awal dalam internet mengenai kejadian pesawat terhempas," katanya.

Beliau berkata insiden itu tidak meruntuhkan semangat anak sulungnya daripada empat adik-beradik itu untuk menjadi juruterbang.

Malah anaknya itu yang begitu meminati dunia penerbangan sejak kecil akan tetap mencukupkan kredit jam penerbangan latihannya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata seorang daripada tiga mangsa nahas pesawat Cessna berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi berada di dalam keadaan semi-kritikal.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mangsa yang kritikal dan semi-kritikal. - Bernama, 11 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved