Selasa, 14 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kerajaan kawal, cegah unsur pluralisme agama dalam negara, kata Jamil Khir

Posted: 14 Jan 2014 02:40 AM PST

January 14, 2014

Kerajaan sentiasa mengawal dan mencegah unsur-unsur pluralisme agama yang semakin berkembang di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar).

Beliau berkata dengan cara itu unsur kebebasan yang bercanggah dengan ajaran Islam serta adat resam akan dapat dihindar sebaik mungkin.

Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H/2014M di Masjid Putra di Putrajaya hari ini, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri turut berganding bahu untuk mempertahankan akidah umat Islam.

"Akhir-akhir ini kita dapati pelbagai usaha yang terancang telah diatur bagi menggugat dan mencabar hak kebebasan yang dibenarkan syariat Islam yang bukan sahaja digerakkan kelompok-kelompok tertentu dalam negara dengan kemudahan dan sokongan media baharu, tetapi turut mendapat sokongan kelompok liberal antarabangsa.

"Justeru, jika kualiti keimanan umat Islam yang lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim, maka kita akan terpesong," katanya.

Dalam pada itu Jamil Khir turut menyeru umat Islam supaya memperkukuhkan lagi pendekatan sederhana seperti yang diamalkan Nabi Muhammad S.A.W.

"Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain, tetapi pada masa yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan," katanya. – Bernama, 14 Januari, 2014.

Penahanan ‘Sultan Melaka’ berdasarkan perundangan, kata Zahid Hamidi

Posted: 14 Jan 2014 02:36 AM PST

January 14, 2014

Penahanan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya "Sultan Melaka" di Jasin, Melaka hari ini adalah berdasarkan undang-undang negeri dan Perlembangaan Persekutuan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Berdasarkan Sejarah Melayu dan bahan kajian seperti Hikayat Hang Tuah, beliau berkata Sultan Melaka yang terakhir ialah Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan selepas itu tiada sultan di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata apabila penubuhan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, dari segi Perlembangaan Negeri dan Perlembangaan Persekutuan tidak ada mana-mana individu yang boleh mendakwa atau menuntut tahkta kesultananan di negeri-negeri tersebut.

"Dalam hal ini, polis mengambil tindakan adalah berdasarkan pada perundangan yang ada pada kerajaan negeri, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga Perlembangaan Persekutuan.

"Saya harap mana-mana individu dan kumpulan yang mahu menuntut tahkta Melaka harus melupakan hasrat itu. Lihat fakta, sejarah dan perundangan. Ini harus diakui sebagai hakikat dan kenyataan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pasukan Bola Sepak PDRM di Putrajaya hari ini.

Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pelajar asing yang mahu bekerja separuh masa di restoran makanan segera perlu memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen.

"Sebagai amalan, mana-mana restoran makanan segera boleh mengambil pekerja separuh masa yang terdiri daripada pelajar-pelajar dalam negara dan kita tidak menghalang restoran berkenaan juga mengambil pelajar asing secara separuh masa," katanya.

Mengenai Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan yang mendakwa ditumbuk oleh seorang lelaki berhubung soal pertukaran guru, di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor di Bandar Bukit Beruntung, Rawang, Ahmad Zahid menyifatkan ia perbuatan yang amat memalukan.

"Kamalanathan sebagai timbalan menteri pendidikan yang mewakili institusi pendidikan negara ini harus dihormati. Lagipun, soal pertukaran guru merupakan soal peraturan yang sedia ada di Kementerian Pendidikan.

"Kamalanathan telah membuat laporan polis dan kita akan mengambil tindakan pada individu yang melakukan perbuatan itu," katanya. – Bernama, 14 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved