The Malaysian Insider :: Bahasa |
Polis nasihat berhati-hati terima bungkusan, hamper elak dirompak Posted: 15 Jan 2014 01:26 AM PST Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata peringatan itu dikeluarkan lebih-lebih lagi penghantaran bungkusan dijangka meningkat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akhir bulan ini. Menjelaskan polis setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian rompakan seumpama itu, beliau bagaimanapun berkata orang ramai harus berwaspada dengan taktik sedemikian yang mungkin digunakan penjenayah. "Orang awam diminta sentiasa berhati-hati, jangan buka pintu pagar serta-merta. Tanya bungkusan itu dari mana dan untuk siapa sebelum menerimanya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata mereka juga boleh meminta penghantar bungkusan atau hamper meletakkannya di luar pagar rumah dan mengambilnya kemudian. - Bernama, 15 Januari, 2014. |
Serangan ke atas P.Kamalanathan, Umno bakal ambil tindakan terhadap ahlinya Posted: 15 Jan 2014 01:22 AM PST Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, parti itu memandang serius tindakan ahlinya iaitu Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi. "Kepimpinan tertinggi Umno berasa kesal terhadap insiden tersebut dan menganggap sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Oleh demikian beliau berkata, parti itu akan menghantar surat tunjuk sebab untuk dijawab Rizuan sebelum tindakan lanjut dikenakan. Tegas Tengku Adnan lagi Umno juga menolak sebarang perlakuan kekerasan sebagai cara untuk menyelesaikan masalah sebaliknya menyarankan agar ia dilakukan secara perbincangan. "Umno menolak sebarang kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana dilakukan pihak terbabit terhadap timbalan menteri itu. "Dalam apa-apa hal pun pendirian Umno tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk," katanya. Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu. Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor. Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat. – 15 Januari, 2014 |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan