Khamis, 16 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Krisis PKNS: MB akan panggil pengurus besar dan setiausaha syarikat PKNS

Posted: 16 Jan 2014 01:44 AM PST

January 16, 2014

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan memanggil pengurus besar dan setiausaha syarikat Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjelaskan apa yang berlaku dalam badan milik kerajaan negeri itu hingga melarat menjadi konflik.

Ini berikutan pelbagai kenyataan dan spekulasi yang timbul ekoran berita pemecatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dari PKNS.

Azmin sebelum ini mengesahkan beliau menerima surat beliau dipecat dari lembaga pengarah PKNS. Surat itu kemudiannya dikenalpasti sebagai surat yang dihantar oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Semalam, selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Abdul Khalid berkata, Exco tidak pernah memecat Azmin.

"Keputusan (tidak sambung Azmin) dibuat oleh pengurus besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Hari ini dalam sidang media bersama Azmin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pemecatan Azmin tidak sah kerana yang berkuasa adalah menteri besar dan Exco.

Ekoran itu, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataannya hari ini, kerajaan negeri mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu berhubung keahlian dan pengguguran ahli lembaga pengarah PKNS.

"Kita berpandangan bahawa kenyataan beliau itu mencerminkan sikap pemimpin yang berjiwa besar," kata Abdul Khalid.

Dengan mengambil kira kedudukan dan status beliau, menteri besar dan Exco merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, katanya.

"Perlu ditegaskan Menteri Besar dan barisan Exco terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini," katanya.

Kata Abdul Khalid, sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Exco, kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

Bagaimanapun tidak jelas, apakah yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS yang dinyatakan menteri besar itu.

Jika berdasarkan suratnya kepada Azmin, bermakna timbalan presiden PKR itu tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah PKNS.

Namun, kata Abdul Khalid, oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai, "Kerajaan negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan Exco dibuat". – 16 Januari, 2014.

Pemuda Umno beri amaran jangan main isu kangkung

Posted: 16 Jan 2014 01:16 AM PST

January 16, 2014

Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangKangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangPergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.

Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuatnaik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Pemuda Umno negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sekumpulan kecil penyokong PKR yang mempermainkan Najib dengan kangkung.

Mohd Johari menyifatkan perbuatan Adun Machang Bubuk, Pulau Pinang dari PKR menyumbat masuk sayur kangkung ke mulut replika perdana menteri merupakan tindakan mentaliti kelas rendah.

"Ia biadap dan kurang ajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini tidak akan membantu pun ke arah menurunkan kos saraan hidup.

"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita," kata beliau. – 16 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved