Jumaat, 17 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tiada pemenang dalam isu kalimah Allah, menurut kajian Umcedel

Posted: 17 Jan 2014 02:11 AM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
January 17, 2014

Sesetengah pihak telah membakar patung Pengarang Herald Father Lawrence Andrew yang berkata gereja Katolik akan terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara mereka. Sesetengah pihak telah membakar patung Pengarang Herald Father Lawrence Andrew yang berkata gereja Katolik akan terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara mereka. Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) tidak mendapat kelebihan politik daripada sentimen yang dimainkan dalam kemelut kalimah Allah, menurut kajian oleh badan penyelidik Universiti Malaya.

Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) dalam kaji selidik terbarunya mendedahkan isu tersebut hanya memberi tekanan antara Muslim dan bukan Islam daripada memberi kelebihan politik kepada kedua-dua musuh politik tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan, tiada sebarang sokongan signifikan yang berpindah kepada kedua-dua parti politik yang berbeza pandangan dalam isu Allah.

Penemuan tersebut dilihat berbeza sama sekali dengan pandangan beberapa pihak yang mengganggap isu tersebut mampu meraih sokongan kaum Melayu-Islam yang meliputi 60% lebih keseluruhan pengundi Malaysia.

Namun, kajian tersebut mendapati 77% Melayu-Muslim berkata kalimah Allah yang berasal dari negara Arab tersebut tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun, responden di kalangan Melayu-Muslim, hanya 45% menyokong BN manakala 40% lagi menyokong PR. Manakala baki 15% lagi tidak pasti.

"Dalam konteks politik Malaysia, perbezaan 5% tidak memberi sebarang kelebihan kepada mana-mana parti jika isu ini dieksploitasi untuk tujuan politik," kata Umcedel dalam laporan kajian hari ini.

"Secara jelasnya, isu kalimah Allah yang dimainkan dalam media, tidak memberikan sokongan yang drastik kepada kedua-dua belah parti politik."

Hasil kajian tersebut diterbitkan semalam di laman web Umcedel.

Penggunaan kalimah Allah antara salah satu isu yang dimainkan kedua-dua parti politik dalam pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Isu tersebut dianggap sangat penting bagi Umno, bagaimanapun PR tidak senada dengan pendirian yang diambil oleh lawan mereka tersebut semata-mata untuk mendapatkan undi Melayu-Islam.

Sebagai contoh, Umno Selangor bertegas dalam isu kalimah Allah adalah ekslusif untuk penganut Islam dan juga mengadakan jelajah menjelaskan mengapa perkataan tersebut hanya boleh digunakan oleh Muslim.

Bagaimanapun, parti komponen PR menegaskan pada tahun lepas kalimah Allah tidak hanya ekslusif kepada Muslim.

Tetapi memberi peringatan supaya ia tidak disalahgunakan untuk tujuan menyebarkan agama lain ataupun memurtadkan penganut Islam.

Menjelang 2014, ketegangan semakin marak mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam apabila kumpulan Muslim bertegas mengatakan ia eksklusif untuk Islam.

Meskipun cendekiawan Islam antarabangsa menjelaskan bahawa terma itu boleh digunakan oleh sesiapa, pihak berkuasa agama di Malaysia bertindak secara negatif terhadap laporan gereja yang menggunakan perkataan Allah dalam upacara dan bahasa mereka untuk komuniti Kristian yang berbahasa Malaysia.

Kemelut penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Herald diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada menggunakan perkataan Arab itu.

Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu di mahkamah dan menang apabila Mahkamah Tinggi, pada Disember 2009, dalam keputusannya berkata, gereja secara perlembagaan berhak berbuat demikian.

Putrajaya kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya memusingkan keputusan awal apabila Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu memutuskan bahawa "Allah bukan sebahagian daripada keimanan Kristian".

Penganut Kristian membentuk kira-kira 9% daripada 29 juta populasi Malaysia. Hampir dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera dan kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak yang secara rutin menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa suku ketika mengamalkan agama, termasuk menggambarkan Tuhan sebagai Allah dalam sembahyang dan kitab suci.

Selain Kristian Bumiputera dari Sabah dan Sarawak, sebahagian daripada mereka sudah berpindah ke Semenanjung untuk menetap atau bekerja, penganut Kristian di kalangan Orang Asli di semenanjung juga lazimnya menggunakan bahasa Malaysia untuk bersembahyang. – 17 Januari, 2014.

Seluruh Sabah bergelap lagi

Posted: 17 Jan 2014 12:41 AM PST

January 17, 2014
Latest Update: January 17, 2014 04:50 pm

Sabah sekali lagi terpaksa bergelap sehingga tengahari ini ketika pegawai dari Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berusaha mencari puncanya.

Laporan tentang blackout ini dilaporkan dalam media sosial dan laman web tempatan dua jam lalu bila penduduk Sabah meluahkan kekesalan mereka melalui Twitter dan Facebook.

Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun juga memaklumkan melalui laman Twitternya, "blackout" ini berlaku di seluruh Sabah.

"Blackout! Baru saja diberitahu oleh pegawai kanan SESB bahawa kegagalan kuasa berlaku seluruh Sabah. SESB sedang mencari punca masalah ini," katanya melalui Twitter.

Pengguna internet mendakwa puncanya adalah banjir baru-baru ini dan beberapa enjin yang "trip" di stesen janakuasa.

"Beberapa enjin trip, memerlukan 8 jam untuk pulih," kata @Appy_Tots sebagai respon kepada "tweet" Masidi.

Masidi membalas kepada pengguna Twitter dengan berkata "@RandomHS: cuaca khasnya banjir mungkin puncanya".

Menurut New Straits Times, jalan raya di Kota Kinabalu sesak manakala beberapa hospital terpaksa menggunakan jenerator sendiri untuk sumber tenaga.

Akhbar harian itu melaporkan, sehingga kini Labuan telah mendapat kembali bekalannya.

Kali terakhir "blackout" berlaku di Sabah pada April 2012 lalu bila sistem paip gas tidak berfungsi dan menyebabkan beberapa pembekal tenaga bebas tidak boleh berfungsi.

Namun bekalan telah disambung semula pada hari berkenaan juga.

Lima jam selepas "blackout" hari ini, bekalan elektrik mula diperolehi semula di sebahagian dari Sabah. – 17 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved