Sabtu, 18 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tak salah kritik Najib, kata Adun Machang Bubuk

Posted: 18 Jan 2014 02:50 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
January 18, 2014

Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat sayur kangkung ke dalam patung yang menyerupai perdana menteri Rabu lalu.Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat sayur kangkung ke dalam patung yang menyerupai perdana menteri Rabu lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon mengatakan tidak salah mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tindakannya menyuap kangkung ke replika Perdana Menteri bukanlah satu penghinaan.

Katanya, pertunjukan "I Love Kangkung" pada Rabu lalu adalah satu simbolik menuntut perdana menteri supaya lebih prihatin terhadap beban kehidupan rakyat jelata yang semakin berat akibat daripada kenaikan harga barang.

"Saya ingin menegaskan bahawa tindakan menjemput perdana menteri untuk makan kangkung tidak membawa maksud untuk menghina sesiapa. Saya tidak faham mengapa Umno dan penyokong mereka menyamakan tindakan tersebut sebagai satu tanda penghinaan.

"Kenyataan kangkung yang dibuat Perdana Menteri telah menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan seolah-olah bersikap lari daripada tanggungjawab mengawal harga barangan.

"Dengan itu, seluruh media sosial serta media massa telah penuh dengan pelbagai komedi dan sindiran berasaskan kangkung untuk menyindir perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, Bernama melaporkan lebih 3,000 peserta menyertai perhimpunan mengecam tindakan biadab Lee dan sekumpulan penyokong DAP menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri di sebuah pasar malam di Machang Bubuk pada Rabu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perhimpunan itu bertujuan membantah tindakan menghina Najib dan merupakan amaran keras kepada pihak tidak bertanggungjawab yang secara berterusan menghina Melayu dan agama Islam.

Lee berkata tindakan segelintir pihak yang menjadikan dirinya sebagai kambing hitam terhadap isu kangkung menunjukkan sikap tidak memandang serius kemarahan rakyat yang semakin panas.

Katanya, sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih, beliau perlu bertanggungjawab dan berani bersuara melalui acara itu yang mencerminkan pandangan awam.

"Kerajaan Persekutuan yang lama diterajui oleh Umno-Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan hutang negara meningkat setiap tahun, defisit kewangan dan akhirnya mangsanya adalah rakyat biasa yang perlu menanggung akibat tersebut.

"Pemimpin Umno-BN perlu memandang serius tentang masalah kenaikan harga barang dan mengenal pasti puncanya seperti amalan rasuah, ketirisan dan pemborosan oleh kerajaan persekutuan, pengurusan ekonomi yang lemah serta berpihak kepada syarikat besar," katanya.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang itu berkata akan teruskan mengadakan program komuniti untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga barang pada masa akan datang supaya suara rakyat dapat disalurkan melalui pelbagai medium. – 18 Januari, 2014.

Pembangkang jangan politikkan isu kenaikan harga barang

Posted: 18 Jan 2014 02:26 AM PST

January 18, 2014

Pihak pembangkang diminta supaya tidak terus mempolitikkan isu kenaikan harga barang dengan memberi gambaran kepada rakyat seolah-olah negara sedang berhadapan dengan masalah ekonomi.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata pihak pembangkang sepatutnya turut bersama-sama mencari jalan untuk membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang dan bukan hanya mengkritik kerajaan.

"Mereka nak dapat dari segi sokongan rakyat semata-mata, tidak mahu selesaikan masalah rakyat.

"Kalau benar harga barang ini membebankan rakyat, kerajaan di bawah pemerintahan pakatan (pembangkang) di Selangor, kempen lah... bagaimana nak kurangkan harga barang di situ," katanya kepada pemberita selepas melawat dan meninjau harga barang di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng hari ini.

Mohd Shafie tidak menafikan berlaku peningkatan harga barangan tertentu tetapi menurutnya masih ada tempat yang menjual barang dengan harga murah.

"Bukan saya nak nafikan tentang peningkatan harga barang... ada... tetapi di setengah tempat ada harga menurun seperti di sini (Pasaraya Mydin di RTC).

"Nampak sangat ketara (harga barang) di sini jauh lebih murah, jadi kalau boleh masyarakat berhampiran datang berkunjung ke tempat yang harganya berpatutan supaya mengurangkan bebanan mereka," katanya. – Bernama, 18 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved