Rabu, 22 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Empat negara maju akui keberkesanan model DEB

Posted: 22 Jan 2014 03:00 AM PST

January 22, 2014

Amerika Syarikat mengikut tiga lagi  negara maju untuk mengakui keberkesanan model pertumbuhan dan pengagihan ekonomi bagi mewujudkan kesamarataan semua kaum yang dilaksana Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baharu (DEB), kata anggota Majlis Ekonomi Bumiputera Datuk Dr Norraesah Mohamad (gambar).

Norraesah yang bertanggungjawab dalam hal untuk melaksanakan dasar memperkasakan Melayu dan Bumiputera berkata Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menggunakan satu dasar yang dideklarasi pada 4 Disember lepas untuk mewujudkan kesamarataan dalam pendapatan dan agihan kekayaan negara itu.

Katanya negara maju seperti China, Finland dan Sweeden telah pun mengguna pakai dan mengakui keberkesanan dasar itu.

"Objektif yang Obama buat sama seperti DEB, cuma dia tak panggil DEB saja iaitu dasar yang benar-benar melihat kepada mereka yang di pinggiran untuk dibawa masuk ke aliran utama pembangunan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program 'Bicara Intelektual Ekonomi Melayu' di Kuala Terengganu hari ini.

Program itu anjuran bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT), Kelab Penyokong Kerajaan Negeri dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Terengganu.

Norraesah yang juga Pengerusi MyEG Services Berhad berkata dasar itu ialah bagi mencari kesamarataan ekonomi untuk semua bangsa di negara ini, tetapi kerana orang Melayu merupakan penduduk dominan iaitu 69% termasuk Bumiputera, maka seharusnya pengagihan kekayaan pembangunan negara diagihkan sedemikian rupa.

Walaupun DEB sudah tiada lagi, usaha meningkatkan ekonomi Bumiputera dilakukan melalui agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak September lepas.

Tujuannya masih sama, memperkasa ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, katanya. - Bernama, 22 Januari, 2014.

Polis kesan individu sebar gambar kematian kanak-kanak di laman sosial

Posted: 22 Jan 2014 02:55 AM PST

January 22, 2014

Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan di laman sosial gambar seorang kanak-kanak perempuan separuh bogel berusia dua tahun yang mati dibunuh.

Mayat kanak-kanak itu ditemui di sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Dungun pada petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana pihak terbabit sewenang-wenangnya menyebarkan gambar tersebut tanpa memikirkan sensitiviti keluarga mangsa.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan di bawah Akta Kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baru itu kira-kira 3.30 petang selepas terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka serta terhidu bau busuk.

Curiga dengan bau itu, pengawal keselamatan itu masuk ke dalam rumah berkenaan dan menemui mayat kanak-kanak itu dalam keadaan terbaring di bilik air.

Dalam pada itu, Manoharan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian kanak-kanak terbabit. - Bernama, 22 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved