Sabtu, 25 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jaga kepentingan rakyat penanda aras utama KPI Umno, kata Ku Nan

Posted: 25 Jan 2014 02:02 AM PST

January 25, 2014

Menjaga kepentingan rakyat di peringkat akar umbi merupakan antara penanda aras utama dalam Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Umno yang diluluskan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata melalui penanda aras ini, setiap bahagian serta cawangan Umno diminta meninjau keperluan rakyat di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada kerajaan.

Beliau berkata bahagian dan cawangan Umno perlu melakukan pemantauan agar bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi.

"Semua diminta memantau keadaan dan kaedah yang berlaku di peringkat akar umbi bagi memastikan kerajaan dapat membantu rakyat dengan berkesan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Transformasi Luar Bandar Kuala Linggi hari ini.

Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan karnival sehari Umno Bahagian Masjid Tanah yang turut dihadiri Setiausaha Kerja parti Datuk Ab Rauf Yusoh, juga Ketua Bahagian Umno Masjid Tanah, dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyanti Samsuddin.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno berkata KPI itu akan memastikan semua kerja dapat dilaksana dengan lebih aktif serta sistematik, dan setiap anggota MT akan diberi tanggungjawab memantau KPI bahagian manakala ketua bahagian ditugaskan memantau KPI cawangan.

Tengku Adnan berkata selain menjaga kepentingan rakyat, penanda aras utama lain dalam KPI berkenaan ialah menambah anggota Umno dan bilangan pengundi baru.

"Peringkat asasnya kita mahu setiap anggota kita pastikan anggota keluarga mereka pengundi dan anggota Umno, kemudian rakan mereka juga begitu. Kita harap setiap bahagian ada penambahan (anggota dan pengundi baru) setiap bulan.

"Berapa penambahan itu bergantung pada bilangan penduduk di setiap bahagian, sekiranya bahagian itu gagal berbuat demikian, kita akan panggil dan lihat dengan teliti mengapa serta bantu mereka capai KPI," katanya.

Beliau juga berkata setiap anggota MT akan diberi antara lima hingga enam bahagian untuk dipantau KPInya, dan individu berkenaan perlu memberi laporan berkala dua bulan sekali kepada Umno pusat. – Bernama, 25 Januari, 2014.

Pihak berkuasa diminta ambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Man Namblast’

Posted: 25 Jan 2014 01:57 AM PST

January 25, 2014

Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Man Namblast dan Mohamed Hidayat kerana menaikkan status menyentuh sensitiviti agama Hindu.

Ketua Biro Perpaduan Pemuda Nasional Parti Gerakan V. Prabagaran berkata status yang sama turut dikeluarkan melalui Facebook menghina perayaan Thaipusam baru-baru ini.

"Jika isu sensitiviti seperti ini tidak dibendung dari awal, ia dikhuatiri akan menggugat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bersama Ketua Biro Aduan Bukit Bintang parti itu Sim Kai Siong hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abd Rahim Abdullah dalam kenyataan melalui Facebook polis Selangor semalam menyebut polis sedang mengesan pemilik akaun Man Namblast dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

"Polis telah menerima sebanyak 131 laporan polis mengenai perkara itu dari beberapa buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Johor yang meminta supaya polis melakukan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan," katanya. – Bernama, 25 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved