Selasa, 28 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PRK Kajang: Jangan pilih calon ikut formula lama, kata Khairy

Posted: 28 Jan 2014 03:12 AM PST

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
January 28, 2014
Latest Update: January 28, 2014 07:34 pm

Barisan Nasional (BN) disarankan untuk menghantar calon bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai bantahan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana mempergunakan sistem demokrasi demi kepentingan peribadi, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar).

Menurut menteri belia dan sukan itu, biarpun beliau merasakan pergolakan yang berlaku di Selangor itu hanyalah permainanan politik PKR, BN perlu bertanding atas nama demokrasi.

Selain itu, ahli Parlimen Rembau itu juga membayangkan calon bakal dipilih BN mungkin tidak datang dari MCA walaupun DUN Kajang merupakan kerusi tradisi parti Cina itu.

"Kita perlu bertanding. Tapi kita berharap calon yang dipilih bukan dipilih berdasarkan 'formula lama'," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak kata MCA tak baik... Beri kita calon yang terbaik." – 28 Januari, 2014.

MENYUSUL LAGI

Pembangkang tidak jujur, permainkan rakyat, kata ketua menteri Melaka

Posted: 28 Jan 2014 02:48 AM PST

January 28, 2014

Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang membuktikan sikap sebenar parti pembangkang yang tidak jujur dan mudah mempermainkan pilihan rakyat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar).

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tindakan itu juga mencerminkan kerakusan politik pemimpin parti pembangkang yang sewenang-wenangnya meletakkan jawatan atas kepentingan politik individu tertentu.

"Rakyat telah mengundi dan memilih wakil mereka tetapi lapan bulan lepas itu mereka (pembangkang) suka-suka hendak tukar... ini penganiayaan fizikal dan emosi rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan 2014 di Sungai Udang, Melaka hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan wakil rakyat dari PKR itu yang menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh semalam.

Idris berkata tindakan seumpama itu bukan kali pertama dilakukan parti pembangkang apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah meletak jawatan untuk digantikan dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Beliau berkata pemimpin pembangkang tidak pernah memikirkan kesan jangka masa panjang setiap tindakannya serta mengundang pembaziran untuk mengadakan pilihan raya kecil. – Bernama, 28 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved